Kedengaran aneh dan misteri, namun kisah-kisah bayi ghaib daripada perut bukan lagi hal pelik khususnya di kalangan masyarakat Melayu. Sudah membayangkan akan menimang anak tidak lama lagi, berlakunya hal sebegitu pastinya membuatkan para ibu kecewa, trauma dan sangat terkilan diselangi rasa tertanya-tanya. Apalagi kalau ada yang sukar mengandung lagi selepas alami kejanggalan terbabit.
Dalam family saya, dah 2 orang kehilangan bayi…Bukan usia minggu tapi bulan
Seorang gadis bernama Nelysa Norazlan juga berkongsikan cerita ibu saudaranya yang mengalami kejadian sama. Satu hari, kandungan berkenaan tiba-tiba menjadi kosong sebelum pemeriksaan doktor akhirnya mengesahkan segalanya.
Ini ada kaitan dengan sains ke?…Atau alam ghaib?…Di mana bayi tu pergi?
Oleh kerana bayi yang ‘lesap’ itu sudah memasuki usia berbulan-bulan, sebenarnya bagaimana atau ke mana ia menghilang? Malahan dia mempersoalkan juga adakah insiden sebegitu mempunyai perkaitan dengan sains ataupun melibatkan unsur mistik?
Mak angkat saya 9 kali hamil, 9 kali bayi menghilang…Kahwin dah 3 kali…Punca tak tahu
Menjengah ke ruangan komen, ramai tampil mendedahkan pengalaman bahawa ahli keluarga mereka juga mengalami kejadian aneh itu. Bukan sekali 2, bahkan ada sampai tahap kehilangan bayi sebanyak 9 kali berturut-turut tanpa diketahui sebabnya.
Baca juga: Pempengaruh ini ‘direct sound’ untuk hapus dan binasakan rakyat jelata