Dah pakai Proton X70, pemuda luah masalah yang dialami kereta ni.. Kalau sebut tentang kereta Proton X70, mesti ramai yang mempunyai pelbagai reaksi ditambah pula dengan beberapa masalah yang pernah dikongsikan selama ini.
Sebelum ini juga, masalah alat ganti antara yang menjadi perhatian dalam kalangan pengguna Proton X70.
Baru-baru ini pula, perkongsian daripada seorang pengguna Twitter tentang kereta Proton X70 yang digunakan ini meraih perhatian ramai.
[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]
Pemegang pintu keretanya yang terkopak dan hampir
Di dalam perkongsian tersebut, individu itu berkongsikan keadaan pemegang pintu keretanya yang terkopak dan hampir tercabut dari tempatnya.
X70 quality is superb! pic.twitter.com/rEH0RDjSK4
— Anaz. iDevice repair 📱 (@annazrulan) March 9, 2022
Menerusi gambar yang dikongsinya ini, kelihatan pemegang pintu kereta di bahagian pemandu yang hampir tercabut dari tempatnya.
Perkongsian itu juga turut menarik perhatian netizen di ruangan komen di mana ramai sebenarnya yang berkongsikan pelbagai masalah mengenai Proton X70 yang dipandu oleh mereka.
“Mak aku punya handbrake button pun longgar, macam lego. Ini lagi dahsyat, keluar ikut tingkaplah gamaknya.”
“Spare part order 6 bulan dapat ye harap maklum.”
“Sumpah potong stim kalau nak berdramatik merajuk lepastu buka pintu handle patah.”
Melalui tinjauan di Facebook pula, terdapat beberapa masalah lain yang dikongsikan oleh pemilik Proton X70 antaranya seperti masalah navigasi GPS yang tidak tepat.
Bonet kereta yang terbuka secara tiba-tiba atau masalah dengan penghawa dingin walaupun kereta tersebut baru sahaja dipakai tidak sampai sebulan.
Ada banyak lagi yang dikongsikan dalam kalangan pemilik X70 ini berdasarkan pengalaman mereka sepanjang menggunakan kereta tersebut. Sehinggakan mereka juga turut sama-sama membantu satu sama lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Namun di sebalik keluhan yang dikongsikan ini, ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka yang langsung tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang menggunakan Proton X70 ini. Mungkin juga lain pemandu, lain nasib yang dihadapi mereka?
“Dah pakai dekat nak 2 tahun. Superb alhamdulillah…”
“Sakan punya pakai ni. Aku pakai dah 2 tahun lebih, alhamdulillah handle tu masih ok.”
Tonton:
Baca:
Teruk kena boikot, kini Russia benarkan guna perisian cetak rompak
Penggodam Ukraine umur 22 tahun dihadap ke mahkamah Amerika
Sisi gelap industri Takaful dan insurans yang ramai tidak tahu
[/bg_collapse]