Dapat gelaran ‘menantu dari neraka’, akhirnya Shikin Maembong bersuara. “Cara kau cakap pun orang tahu kau menipu! Dah lah mulut senget!” Itu adalah antara kecamn yang diterima kakak pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong di Instagramnya.
Mesej berbentuk penghinaan dan kutukan itu dilemparkan beberapa individu tidak dikenali kepada Shikin. Ia susulan perbalahan antaranya dengan bekas bapa mentua yang juga cef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan yang tercetus di media sosial baru-baru ini.
Selain dihambur dengan kata-kata kesat, wujud segelintir netizen yang menulis hantaran berbaur lucah dan mengaibkan ibu seorang anak itu.
“Menantu dari neraka,” tulis seorang pengguna Instagram.
Kesal dengan perkara tersebut, Shikin menerusi Instastorynya memberi reaksi berhubung kutukan-kutukan yang diterimanya itu.
“Kelakar tengok ramai dm dan komen dekat gambar saya, body shaming, hina rupa saya, siap maki bagai.
“Syukur atas pemberian Allah. Saya tahu awak semua perfect, tak macam saya, buruk,” tulisnya.
Shikin baru-baru ini bertindak memfailkan saman malu terhadap Chef Wan selepas cef terkemuka itu menegurnya secara terbuka gara-gara pertelingkahannya dengan bekas suami, Nadzri atau Chef Riz berhubung soal anak mereka, Putri Arriana Natasya yang kini berusia tujuh tahun.
Bagaimanapun, Chef Wan, dalam kenyataannya di Instagram baru-baru ini menegaskan tidak akan melayan tuntutan saman bernilai RM1 juta yang dibuat terhadapnya itu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK
Sumber: IG Shikin Maembong
Tonton:
Baca:
Ini punca sebenar Pak Nil tak nak dedah wajah anaknya yang sebenar
Suami nekad buat ujian DNA semua anaknya selepas rasa curiga, hasilnya mengejutkan
Hattan tak peduli orang nak kata apa, “Lantak mereka, itu bukan masalah saya!”