SEORANG lelaki dari wilayah Situbondo, Jawa Timur bertindak menetak jirannya kerana mengesyaki isterinya menjadi mangsa ilmu hitam individu tersebut.
Menurut polis, lelaki berkenaan menyerang mangsa yang dikenali sebagai Matrawi, 68, menggunakan parang sehingga mengalami kecederaan parah pada kepala.
Tindakan itu dilakukan selepas isterinya yang jatuh sakit mengadu bahawa kelibat mangsa sering muncul di dalam mimpinya.
Pengakuan tersebut membuatkan lelaki itu mengesyaki penyakit yang dihidapi isterinya selama ini berpunca daripada amalan ilmu hitam mangsa.
“Terdapat tiga kesan tetakan di kepalanya dan kini keadaan mangsa mula pulih dan dibenarkan pulang,” kata polis.
Sementara itu, lelaki berkenaan sudah diberkas polis dan dia bakal berdepan dengan hukuman penjara selama lima tahun kerana mendatangkan kecederaan kepada orang lain.
Baca juga: Jatuh teruk terduduk, rela jual serunding tebalkan muka demi cari rezeki