Dari Padang Ke Konti Radio, Bekas Pemain Bola Sepak Negara, Safee Sali Bakal Jadi DJ Era.fm

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali telah terima tawaran daripada stesen radio Era untuk mengendalikan segmen ‘Super Safee ERA’ yang bersiaran setiap hujung minggu. Wah! Hot FM ada KJ, Era ada Safee.

Menurut laporan mStar, Safee Sali pada awalnya tak sangka yang dirinya terima tawaran daripada Era betul-betul sehari selepas dia umum bersara dari dunia bola sepak.

Bukan tu jer, Safee juga berkata yang dia ambil masa yang lama untuk pertimbangkan tawaran ini bersama pihak pengurusan.

Tawaran ini hadir selepas saya bersara tempoh hari. Saya pun terkejut Era memanggil saya untuk berbincang sehari selepas saya bersara.

Sudah tentu saya berfikir dahulu sebelum menerima tawaran. Banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan… daripada bidang sukan terjun pula ke radio.

Ramai ke yang tak sabar nak tengok Safee Sali bersiaran?

Untuk info, segmen Super Safee Era ini akan berkongsi mengenai ifo terkini berkaitan sukan bermula 12 Ogos ini pada setiap hari Sabtu jam 10 pagi.

Baca Selanjutnya :