Debat TH : Azeez banyak berdalih, Mujahid tetap mencabar

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Abdul Azeez berkata, debat bersama Mujahid untuk membincangkan isu TH sepatutnya dilaksanakan sebelum Hari Raya Aidiladha tetapi pihak pengurusannya menetapkan satu tarikh yang sesuai bagi program tersebut.

“Entah apalah yang Yang Berhormat Parit Buntar seronok sangat ni. Saya dulu bukan menteri agama pun. Bukan juga timbalan menteri tetapi hanyalah seorang bekas Pengerusi Bukan Eksekutif (TH). Insya-ALLAH kita jumpa nanti,” katanya.

Pada 21 Julai lalu, Mujahid mencabar Abdul Azeez untuk berdebat mengenai kedudukan institusi kewangan yang menguruskan dana umat Islam itu dan dakwaan-dakwaan perkembangan TH sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, pihaknya tiada masalah untuk menjemput Abdul Azeez membentangkan segala fakta dan dakwaan dalam perdebatan itu nanti.

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/95323/BERITA/Politik/Debat-Azeez-Mujahid-tetap-diteruskan