Dekorasi bilik anak? Jom baca serba sedikit idea yang mungkin boleh diikuti

Dekorasi bilik anak? Jom baca serba sedikit idea yang mungkin boleh diikuti.

IDEA dekorasi bilik tidur kanak-kanak memang tidak pernah habis kerana sesiapa pun bebas merencana penataan asalkan kena dengan gayanya.

Anak semakin hari semakin besar. Seharusnya mereka mempunyai bilik tidur sendiri.

Di Barat, kanak-kanak seawal usia tujuh tahun sudah tidur berasingan dan diajar menghargai ruang sendiri.

Di negara kita, kebanyakan kanak-kanak masih tidur bersama ibu bapa atau tidur ‘berserak’ di ruang tamu atau menonton.

Sebenarnya perlu ada satu cara untuk memujuk dan menarik perhatian mereka tidur di bilik sendiri iaitu dengan menampilkan sedikit sentuhan dekorasi yang menarik.

la termasuk kelengkapan katil dan perabot bersesuaian dengan mereka serta hiasan digemari yang kelihatan menarik serta menyeronokkan.

Namun, perlu diingat sentuhan dekorasi di bilik anak tidak terlalu sarat dengan perabot kerana mereka perlu ruang yang luas untuk bermain dan berasa selesa.

Bagi anda yang ingin anak berkongsi bilik tidur, tapi mempunyai ruang dan bilik terhad, panduan berikut mungkin boleh membantu.

Pilihan katil dua tingkat antara yang paling sesuai. Tentukan keselamatan dan kesesuaian terutama dalam pemilihan jenis katil.

Terdapat banyak kedai perabot menjual katil bertingkat ini dengan rekaan dan corak yang bersesuaian dengan anak anda.

Namun, ada kalanya katil dua tingkat tidak bersesuaian memandangkan sesetengah kediaman bersiling rendah dan kedudukan kipas juga rendah yang secara jelas boleh mengundang bahaya.

Pemilihan katil dengan jenis katil dua lapisan iaitu bahagian bawah katil utama boleh ditarik keluar jika ingin menggunakannya dan boleh di simpan semula jika tidak lagi digunakan antara pilihan terbaik.

Bagi mereka yang mempunyai ruang bilik yang kecil, sentuhan rekaan meja belajar boleh di laras dilihat sangat praktikal.

Meja jenis ini boleh ditarik jika mahu menggunakannya dan boleh dilipat atau disimpan jika tidak memerlukannya.

*Sungguh menjimatkan ruang*

Susunan perabot juga penting kerana ia boleh membuat ruang kecil kelihatan luas atau sebaliknya.

Penting supaya kanak-kanak berasa selesa dan tidak bosan di dalam bilik tidur masing-masing.

Susun atur katil yang paling sesuai dan perabot seeloknya rapat ke dinding.

Warna yang terang atau cerah dan lembut membuatkan ruang kelihatan lebih luas dan menghidupkan suasana lebih harmoni.

Sebelum memilih warna tema bilik anak, apa kata anda lakukan sedikit perbincangan bersama supaya anda mengetahui warna kegemaran atau motif kartun kesukaan mereka.

BACA JUGA:

Tiada peningkatan jumlah mangsa banjir Johor, Sabah buat masa ini

COVID-19: 324 kes baharu tanpa kes kematian dilaporkan

Perkeso peruntukkan RM3.7 juta untuk perkasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

COMMENTS

Wordpress (0)