Kebanyakan ibu bapa memang tak mahu susahkan anak-anak bila sudah tua. Begitu juga dengan pelakon, Diana Danielle yang menyatakan hasrat untuk dihantar ke rumah warga emas jika sudah bersara dari industri hiburan.
Menerusi Girl Math Podcast, pelakon itu menjelaskan keputusan itu dibuat kerana dia tak mahu menyusahkan anak-anaknya jika sudah mula uzur.
Katanya, dia juga tak nak peningkan kepala mendengar masalah anak dan hanya mahu ketenangan semasa hari tuanya.
Saya ada jumpa rumah perlindungan orang tua yang bagus, jadi saya tak keseorangan apabila tua. Dari dulu saya tak suka bergantung kepada sesiapa, sebab itu saya ada perancangan tersebut.
Saya nak hidup dengan orang-orang yang sebaya dengan saya, saya boleh karaoke, main catur atau berborak dengan mereka.
Pernah berborak dengan anak tentang perkara ini
Walau bagaimanapun, difahamkan anak sulung Diana, Muhammad pernah berjanji untuk menjaganya bila dia sudah besar.
Perancangan yang dibuat oleh pelakon ini juga masih dalam pertimbangan setelah mendengar jawapan daripada Muhammad.
Dan dia janji yang dia akan jaga saya dari segi kewangan dan sebagainya. Kami dah macam kawan baik, dan boleh tinggal sama-sama.
Saya lihat ada setengah ibu dan anak tiada hubungan yang baik membuatkan mereka susah tinggal bersama.
Bagus juga macam ni sebab sekarang rumah warga emas bukannya biasa-biasa. Macam-macam kemudahan ada dan ramai kawan. Apapun, kita doakanlah yang terbaik buat Diana dan juga keluarga.
Baca : Nabi Khidir ada di bumi atau tidak sekarang? Ini jawapan Dr Zulkifli