Didakwa sudah bertunang, pengakuan Ira Kazar ini buat ramai tercengang

Didakwa sudah bertunang, pengakuan Ira Kazar ini buat ramai tercengang.Pelakon, Ira Kazar yang dikaitkan dengan pengarah popular, Syamsul Yusof menafikan dia sudah bertunang dan tidak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki.

Ira yang juga anak kepada pelakon popular, Kazar Saisi menjelaskan isu kontroversi itu menerusi Instagram Story.

“By the way (Selain itu) Saya masih lagi ‘single’ (solo),” katanya.

Didakwa sudah bertunang, pengakuan Ira Kazar ini buat ramai tercengang

Ira adalah individu yang didakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan Syamsul dan semalam, seorang pengguna Twitter mendakwa mereka sudah bertunang.

Harian Metro semalam melaporkan Syamsul turut menafikan dia sudah bertunang dengan Ira.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Ira bagi mendapatkan komennya tidak berjaya.

BACA:

Tular video peminta sedekah ketuk kepala wanita kerana tak diberi duit

Ramai yang bimbang, girlfriend Azri Iskandar cuma ‘scammer’

Kini ‘giliran’ subsidi minyak masak tulen botol pula dimansuhkan