Didik anak daripada ketagihan gadget. Begini caranya

Didik anak daripada ketagihan gadget. Begini caranya. Zaman sekarang merupakan zaman moden di mana kanak-kanak awal usia mula didedahkan dengan pelbagai teknologi canggih seperti TAB dan IPad.

Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak mula ketagihan dan sukar untuk mengawal penggunaan gadget mereka.

Namun, di sini aku akan kongsikan ‘5 Cara Kawal Anak Daripada Ketagihan Gadget’.

Ibu bapa perlu mengawal pengunaan gadget terhadap anak mereka kerana kanak-kanak awal usia belum mampu untuk mengawal diri sendiri.

Sedangkan makan dan minum mereka pun perlu dikawal, inikan pula nak bagi 100% kebebasan menggunakan gadget tanpa sebarang kawalan?

*1. Elakkan Daripada Caj 100% Bateri Penuh*

Elakkan daripada cas iPad/Tab sehingga penuh. Sekurang-kurangnya tinggalkan 15%-20% sahaja untuk sekali pakai. Hal ini akan dapat hadkan penggunaan gadget anak itu sendiri.

Bateri yang penuh akan menyukarkan anak kita untuk melepaskan iPad ataupun Tab.

*2. Jangan Ajar Anak Unlock Password*

Jangan sesekali ajar anak kita untuk unlock password apa-apa sahaja sebarang gadget seperti laptop, smartphone, iPad ataupun Tab. Hal ini demikian kerana kebinasaan otak, pemikiran dan perlakuan anak selalunya bermula dari situ.

Apabila kita membiarkan mereka mendapat kebebasan penuh untuk buka kata laluan menunjukkan kita memberi sepenuhnya kuasa untuk anak kita menggunakan gadget tersebut bila-bila masa.

Apabila anak-anak mula ada kuasa untuk membuka sendiri kata laluan maka secara langsung dia juga ada kuasa untuk tutup atau berhenti main gadget bila-bila masa yang dia mahu. Keadaan ini akan menyukarkan mereka untuk berhenti.

Bermula di saat kita memberi kuasa tersebut, anak-anak akan mula tidak mendengar cakap kita apabila kita suruh berhenti. Malah, mereka akan cenderung untuk membuka sendiri kata laluan tanpa pengetahuan ibu bapa.

Apa sahaja jenis hiburan, pastikan kita yang berkuasa untuk memulakan dan memberhentikannya. Hal ini demikian kerana kita yang lebih berkuasa untuk mengawal pengunaan gadget tersebut, dan bukan sebaliknya.

*3. Pastikan Anak Memahami Bahawa Gadget Adalah Kepunyaan Ibu Bapa*

Jangan sesekali mengajar anak-anak dengan mengatakan iPad atau Tab tersebut milik anak. Kebanyakkan ibu bapa sendiri yang menggalakkan anak-anak untuk menggunakan gadget dengan mendownload banyak games agar anak-anak dapat bermain apabila dalam keadaan bosan.

Selain itu elakkan daripada bercakap:

“Adik, tolong ambilkan iPad adik tu” atau “Mama nak pinjam iPad adik boleh?” Keadaan ini seolah-olah memberitahu mereka bahawa gadget tersebut kepunyaan mereka.

Tegaskan kepada anak-anak bahawa gadget itu kepunyaan ibu bapa. Mereka hanya pinjam. Apabila pinjam, maka anak-anak tersebut akan memahami barang yang dipinjam harus dipulangkan semula bila-bila masa ibu bapa minta.

*4. Gunakan iPad & Tab Sebagai Ganjaran Positif*

Gunakan gadget sebagai ganjaran apabila anak-anak capai sesuatu. Sebagai contoh, apabila anak-anak dapat menyiapkan kerja sekolah, maka mereka akan diberi peluang untuk bermain gadget selama sejam.

Galakkan anak untuk buat lebih banyak benda baik kalau nak dapat peluang untuk berhibur. Tetapi bukan semua pencapaian yang bagus kita kena bagi gadget. Ganjaran positif boleh jadi macam-macam benda yang anak suka. Kalau boleh biarlah “gadget”menjadi pilihan terakhir.

*5. Alihkan Perhatian Anak Daripada Gadget*

Setiap kali anak minta iPad atau Tab, cuba alih perhatian dia ke arah benda lain atau permainan lain. Ajak main puzzle,conteng-conteng, mewarna, masak-masak art atau kraf. Selagi boleh buat anak lupa gadget, buat.

ni untuk mengurangkan tahap ketagihan anak terhadap penggunaan gadget. Apabila dibuat secara konsisten, lama-kelamaan minat dan hobi anak-anak akan berubah.

Cara-cara ini mungkin akan memakan masa. Oleh itu, ibu bapa harus kental dan jangan berputus asa. Ketagihan gadget jelas memberi lebih banyak impak yang negatif berbanding positif. Sebagai ibu bapa kita harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.

Kita banyak mengadu anak ketagih gadget tetapi kita sendiri handphone tidak pernah lekang dari tangan. Mengadu anak lewat tidur sebab layan iPad tetapi kita sendiri layan internet sampai terlelap. Kita nak anak jadi seorang yang baik tetapi kita sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik.

Ingat, kanak-kanak lebih banyak meniru perbuatan kita berbanding mendengar apa yang ibu bapa katakan.

Tidak salah anak-anak bermain gadget, cuma yang merisaukan apabila tiada pengawalan dalam penggunaannya sehingga menyebabkan ketagihan terhadap gadget.

Jauhkan gadget secara perlahan-lahan daripada anak-anak bukan secara drastik. InsyaAllah lama-kelamaan mereka akan lupakan gadget mereka.

BACA JUGA :

4 cara hafal al-Quran yang boleh diamalkan oleh guru dan murid

Jenis-jenis ‘Sabar’ yang perlu diketahui

Susu bantu baiki otot selepas bersenam!!