Dikecam netizen sebab pergi menggatal, ini jawapan ‘kembar’ Siti Sarah

Dikecam netizen sebab pergi menggatal, ini jawapan ‘kembar’ Siti Sarah.

WANITA yang tular selepas wajahnya dikatakan mirip dengan Allahyarham Siti Sarah meluahkan rasa kesal apabila menerima kecaman dilemparkan netizen sewaktu menghadiri majlis hari lahir bapa arwah iaitu Raissuddin Hamzah, baru-baru ini.

Menerusi video luahan di akaun TikTok miliknya, wanita dikenali sebagai Emy itu berkata, dia sekadar memenuhi undangan selepas dijemput oleh isteri kepada Raissuddin iaitu Siti Fatimah Suberi.

“Ada yang cakap saya pergi sana menggatal la, ambil kesempatan. Tapi niat saya hanya mahu berjumpa ayah arwah saja, sebab mereka jemput. Ada rezeki, kita pergi la.

“Tapi dari Facebook sampai ke TikTok, tak ramai yang berfikiran positif. Mereka hanya baca tajuk, tengok gambar lepas itu terus maki-maki,” katanya.

Dikecam netizen sebab pergi menggatal, ini jawapan 'kembar' Siti Sarah

Menerusi video itu Emy turut menjelaskan apa yang selama ini terbuku di hatinya.

Malah dia menafikan menggunakan peluang itu dengan mengambil kesempatan membuat bayaran product review di laman sosial.

Emy juga mengakui tidak pernah mengaku wajahnya seiras dengan mana-mana individu.

“Siapa yang pernah follow saya dari dulu, mereka tahu saya macam mana. Saya suka review barang orang. Belum pernah lagi saya mengaku saya ni seiras dengan mana-mana orang pun,” luahnya lagi.

BACA:

Pakar gesa jangan beli salamander warna-warni, ini sebabnya

Padu giler, ini ‘design’ baru Naza Ria, ramai yang terpegun

Ramai yang terkejut, bandar purba berusia 3000 tahun timbul ditengah Sungai Tigris