Dikurung di motel, pengalaman pahit dua beradik ini diculik Along, sekali ini rupanya

Salah seorang daripada dua beradik lelaki yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor pada 1 Januari lepas, ditemui dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni pada malam 11 Januari lepas.

Ibu mangsa, seorang wanita berusia 39 tahun, memberitahu bahawa anak lelakinya yang berusia 17 tahun, dikenali sebagai Along, mendakwa bahawa dia dan adiknya yang berusia 16 tahun, telah diculik oleh individu yang tidak dikenali sebelum dibawa dan dikurung di sebuah motel di Jalan Petaling.

“Along mendakwa dia dikurung bersama adiknya sehingga 9 Januari lepas sebelum dipisahkan. Walaupun begitu, dia berjaya melarikan diri ketika lelaki yang menjaganya tertidur akibat pengaruh dadah dan turut berjaya melarikan telefon bimbit milik lelaki itu,” katanya.

Dikurung di motel, pengalaman pahit dua beradik ini diculik Along, sekali ini rupanya

Selepas melarikan diri, anak sulungnya segera menghubunginya menggunakan telefon bimbit yang berjaya dirampas untuk memaklumkan keberadaannya. Kemudiannya, dia menelefon pihak polis untuk melaporkan kejadian tersebut.

Anggota polis dari Balai Polis Tun HS Lee tiba di lokasi dan membawa anaknya ke balai untuk siasatan lanjut.

“Along kemudian membawa polis ke tempat dia dikurung, dan saya difahamkan seorang lelaki telah ditahan berkaitan dengan kehilangan kedua-dua anak saya itu,” katanya. Anaknya telah diserahkan kepada ibunya pada tengah malam pada 12 Januari lepas.

Walau bagaimanapun, ibu tersebut mendakwa anaknya sering meracau dan menjerit dalam tidurnya sehingga kini.

Beliau pada masa yang sama berharap agar anaknya yang berusia 16 tahun dapat ditemukan dengan cepat dan meminta doa dari orang ramai agar anaknya itu selamat.

Pada 4 Januari lepas, media melaporkan bahawa dua beradik lelaki, masing-masing berusia 16 dan 17 tahun, dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Selangor, pada pagi 1 Januari lepas. Kedua-dua remaja itu dilaporkan hilang selepas pulang daripada solat subuh di surau kawasan perumahan mereka di Taman Bernam Jaya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Delhan, ketika dihubungi, menyatakan bahawa pihaknya sedang menyiasat kes ini.

Baca Juga : Resepi power Asam Pedas Ikan Tenggiri