Seorang lelaki di Karnataka, India, telah ditangkap oleh polis kerana mengancam untuk menyebarkan gambar-gambar peribadi isterinya selepas mangsa menolak untuk berpisah.
Kiran Patil, yang berusia 45 tahun, dikatakan terlibat dalam hubungan sulit dengan seorang wanita lain sebelum isterinya mengetahui perkara tersebut.
Terdapat laporan bahawa suspek ini sebelum ini pernah melibatkan diri dalam keganasan rumah tangga terhadap isterinya, yang kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.
Walaupun mangsa tersebut enggan untuk berpisah daripada suaminya, namun keganasan daripada lelaki tersebut terus berlanjutan.
Dalam aduannya, mangsa memberitahu pihak berkuasa bahawa suspek mengancam untuk menyebarkan gambar-gambar dan video peribadinya melalui platform media sosial jika dia menolak untuk bercerai.
“Semasa siasatan, polis telah memeriksa telefon bimbit suspek dan menemui beberapa gambar serta video peribadi isterinya,” kata seorang pegawai polis.
Setelah itu, suspek melarikan diri dari balai polis dan kemudian cuba untuk memasukkan dirinya ke hospital dengan meminum cecair beracun.
“Suspek dibenarkan keluar dari hospital pada Rabu (minggu lepas) dan dia telah dihantar ke pusat tahanan,” kata pihak polis.
Baca Juga : ‘Benda lain kau boleh minta jangan kereta aku’ sanggup bagi duit dari ‘member’ pinjam kereta