Dituduh ambil dadah, ini respon Elon Musk

Elon Musk, manusia paling kaya di dunia, dituduh mengamalkan penggunaan dadah, termasuk ekstasi dan kokain, yang menimbulkan kebimbangan di kalangan eksekutif dan ahli lembaga pengarah syarikatnya, seperti dilaporkan oleh akhbar The Wall Street Journal semalam.

Sejak kebelakangan ini, beberapa eksekutif, ahli lembaga pengarah, dan kenalan rapat Musk, yang berusia 52 tahun, semakin bimbang tentang perubahan kelakuan beliau yang mereka percayai disebabkan oleh penggunaan dadah.

Menurut sumber-sumber yang dikutip oleh akhbar itu, kebimbangan terhadap kesihatan tokoh teknologi itu juga melibatkan risiko terhadap enam perniagaannya, termasuk Tesla (syarikat kenderaan elektrik) dan SpaceX (firma aeroangkasa).

Dituduh ambil dadah, ini respon Elon Musk

Mereka menyatakan bahawa perkembangan ini mungkin akan menjejaskan pemegang saham Musk dengan risiko kira-kira AS$1 trilion (RM4.65 trilion) dalam bentuk aset, selain dari puluhan ribu pekerjaan dan sebahagian besar projek angkasa lepas Amerika Syarikat (AS).

Alex Spiro, seorang peguam yang mewakili Musk, berkata bahawa Musk telah memberitahu akhbar tersebut bahawa beliau tidak pernah gagal dalam ujian dadah di SpaceX.

Walaubagaimanapun, dalam satu episod podcast pada tahun lalu, Musk telah mengisap ganja dan secara terbuka membincangkan penggunaan ubat psikedelik yang mirip dengan dadah ketamin.

Saksi-saksi yang diberikan oleh The Wall Street Journal menyatakan bahawa Musk turut mengamalkan dadah seperti LSD, kokain, ekstasi, dan cendawan psikedelik secara kerap ketika menghadiri parti eksklusif.

Pada sesetengah majlis, beliau juga disebut-sebut menggunakan ketamin bersama saudara kandungnya. Inilah antara contoh kegiatan tersebut yang merunsingkan.

Baca Juga : Pembangkang salahkan media punca kegagalan