Diugut buang sekolah oleh guru besar kerana menunaikan solat

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Tags” ]Diugut buang sekolah oleh guru besar kerana menunaikan solat. Ealing England, 10 Februari 2022 – Seorang kanak-kanak direntap kasar oleh gurunya bertujuan menghentikan solat Zohornya, yang disifatkan oleh guru itu sebagai ‘tindakan memberontak’ di Akademi Ark Soane. Diugut, buang sekolah, buang, sekolah, guru besar, guru, menunaikan solat, menunaikan, solat, solat fardhu, solat zohor, waktu solat, Ealing England, England, Seorang, seorang kanak kanak, direntap kasar, kanak kanak, direntap, kasar, bertujuan, menghentikan solat, menghentikan, tindakan memberontak, memberontak, Tindakan, Akademi Ark Soane, Akademi, Ark Soane, guru besar, sekolah[/bg_collapse]

Diugut buang sekolah oleh guru besar kerana menunaikan solat. Ealing England, 10 Februari 2022 – Seorang kanak-kanak direntap kasar oleh gurunya bertujuan menghentikan solat Zohornya, yang disifatkan oleh guru itu sebagai ‘tindakan memberontak’ di Akademi Ark Soane.

Thaher Tarawneh, 12 tahun dan beberapa orang rakannya terpaksa membuat keputusan untuk menunaikan solat berjemaah di padang permainan sekolah memandangkan bilik ibadah sekolah itu dikunci dan mereka tidak dibenarkan untuk bersolat dalam perpustakaan sebelum dihentikan secara agresif oleh guru tersebut.

Muhammad Tarawneh, ayah kanak-kanak itu berkata, “Thaher tahu tidak perlu untuk menghentikan solat melainkan ada perkara yang terlalu mustahak. Oleh kerana ini, kakitangan itu mengganggu solat anak saya dan kemudian bertindak keras secara fizikal ke atas anak saya, ini tidak boleh diterima.”

Kedua ibu bapanya dipanggil ke sekolah untuk menyaksikan rakaman peristiwa tersebut pada mulanya, tetapi kemudian apabila sahaja mereka sampai, mereka dimaklumkan bahawa mereka tidak boleh menonton rakaman itu.

Pengetua sekolah memaklumkan pada ibu bapa Thaher bahawa solatnya itu adalah tindakan pemberontakan, dan pihak sekolah sedang mempertimbangkan untuk membuangnya dari sekolah dan mereka tidak membenarkan apa jua jenis ibadah di sekolah.

Muhammad Tarawneh berkata bahawa keluarganya sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk memberhentikan anaknya dari sekolah itu kerana tidak mahu anaknya menderita didiskriminasi kerana agamanya.

“Itu adalah waktu rehat dan Thaher sudah pun pergi ke ruangan lain yang ditetapkan dan kemudian dinafikan,” tambah beliau.

Baca:

Ubi kentang keluar tunas bahaya untuk dimakan, ini puncanya..

Anak arwah Ibrahim Pendek kini mencari rezeki di tapak parking

Bengang suami kahwin lain, isteri roboh rumah dibina atas tanah mentua