Dr. Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin, seorang doktor perubatan dan Pengerusi MedTweetMY, mengesyorkan agar pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai dma Islam menjalani pemeriksaan mental.
Cadangan tersebut diberikan setelah beliau menyedari kandungan yang dimuat naik oleh dma Islam, atau nama sebenarnya Danial Mirza, mungkin memberi kesan negatif kepada golongan muda.
“Ramai yang kata kamu troll atau ‘in character’ (menjiwai watak) tapi saya bimbang ada sesuatu yang lain. Kamu adalah orang yang berpengaruh dan ramai anak muda yang percaya dengan apa yang kamu kata, jadi saya bimbang dengan perkataan yang keluar dari mulut kamu,” katanya di Twitter.
Dr. Khairul Hafidz menambah bahawa beliau berharap agar pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu dapat menjalani pemeriksaan dengan segera.
“Jika tiada apa-apa, tunjukkan bukti ini kepada semua kamu telah diperiksa oleh doktor pakar. Jadi masa itu, barulah saya yakin kamu sedang troll,” jelasnya.
Nama dma Islam telah menjadi sebutan popular baru-baru ini dan mencapai populariti melalui video di laman TikTok miliknya.
Pempengaruh ini terkenal dengan menggunakan perkataan ‘bocah’ (keanak-anakan) dan kerap memuat naik kandungan motivasi sebelum beralih kepada pembangunan diri.
Walaupun dma Islam mendakwa kandungannya melebihi tahap pemikiran biasa, banyak pihak mempersoalkan tentang personaliti dan watak yang dibawakannya.
Baca Juga : Biar betul, dah tidur dengan 28 lelaki, Lucinta Luna dedah rahsia