Doktor pesan check telinga apabila batuk, selsema dan sakit tekak, ini sebabnya

Doktor pesan check telinga apabila batuk, selsema dan sakit tekak, ini sebabnya…

Perasankah anda, apabila mengalami sakit demam kadang sampai susah nak kebah dan pulih? Rupanya, boleh jadi disebabkan tahi telinga jadi semakin tebal dan jangkitan makin teruk.

Melalui perkongsian kesihatan dari Doktor Erna Nadia, sekiranya mempunyai simptom sakit seperti demam, batuk, selsema, dan sakit tekak, sebaiknya periksa juga keadaan telinga. Apabila banyak kahak atau selsema, kadang kahak atau phlegm itu tersumbat juga di dalam telinga disebabkan telinga, tekak dan hidung berkongsi saluran yang sama.

*JANGAN KOREK TELINGA, BAHAYA!*

Sedikit tips hari ini.

Kalau anak anda atau anda sendiri ada simptom batuk, selsema, sakit tekak, demam, boleh juga periksa telinga dia atau kita.

Bila banyak kahak atau selsema, kadang kahak atau phlegm itu tersumbat juga di dalam telinga sebab telinga, tekak, hidung berkongsi saluran yang sama.

Kadang cecair itu jadi pekat sedikit sebab ada jangkitan kuman. Disebabkan itu, setengah kanak-kanak demam tak kebah, boleh jadi tahi telinga jadi semakin tebal dan jangkitan makin teruk.

Tak perlu pun korek telinga sebab ianya bahaya dan boleh buatkan sumbatan makin ke dalam dan memecahkan atau koyak gegendang telinga.

*2 CARA BERSIHKAN TAHI TELINGA*
Ada dua cara boleh cuba:

*1. CUCI LUBANG TELINGA DENGAN HUJUNG KAIN/TISU SELEPAS MANDI*

Cuci bahagian lubang telinga dengan hujung kain atau tisu selepas mandi. Hal ini kerana, selepas mandi tahi telinga akan jadi lembut dan Allah memang dah cipta fungsi special untuk telinga ni.

Tahi telinga kita boleh keluar sendiri. Hebatkan ciptaan Allah? Jadi, jaga dan guna sebaiknya.

*2. GUNA UBAT TITIK*

Kalau rasa kurang dengar atau tahi telinga tak keluar, boleh beli ubat titik telinga di farmasi yang bertauliah untuk cairkan tahi telinga tu ya. Elakkan beli ubat secara online sebab tak tahu kesahihan dan expiry date ubat tersebut.

Bagi yang dah terbiasa korek telinga, kalau rasa nak buang habit tu, boleh cuba main atau garu-garu sikit di cuping telinga kalau rasa asyik nak mengorek saja.

Dr. Erna Nadia.

Kadang tu orang tak sedar dia kurang dengar sikit bukan sebab dia ada masalah pendengaran, rupanya tahi telinganya tebal sampai volume suara dia pun meninggi. Sayangi telinga anda.

BACA JUGA:

Cara elakkan buah strawberi tak berkulat, tak lembik dan tahan lama

8 jenis ubat batuk yang disarankan untuk ibu bapa beli di Farmasi

Risau teman wanita tak buat saving untuk nikah, lelaki tersebut dah simpan wang RM20,000!! Hebat sungguh