Dokumen tak lengkap, tipu maklumat punca lewat terima bantuan banjir

Dokumen tak lengkap, tipu maklumat punca lewat terima bantuan banjir. Tipu maklumat dan dokumen tidak lengkap antara punca kelewatan menerima bantuan bencana banjir Monsun Timur Laut (MTL), selain bantuan khas Covid-19, kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Khairul Shahril Idrus.

Katanya, Nadma sudah menyalurkan peruntukan bantuan bencana banjir MTL ke semua pejabat setiausaha kerajaan negeri selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Beliau berkata, pihak berkaitan sentiasa cuba mempercepatkan proses pemberian bantuan, namun faktor berkenaan ada kala menyebabkan usaha tersebut sedikit terbantut.

“Kami juga tidak mahu pemohon yang sepatutnya dapat bantuan tetapi dinafikan hak disebabkan mereka yang tidak jujur memberi maklumat diri. Jadi proses pemutihan perlu dilakukan dengan teliti,” katanya.

Katanya, ada yang tidak layak turut memohon dan ada juga permohonan bertindih daripada ketua isi rumah sama.

“Ada juga yang tidak lengkap atau tepat, selain ia tidak dikemukakan melalui pejabat daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT) berikutan proses verifikasi kadar kerosakan perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

“Berkenaan bantuan khas Covid-19 pula, ada pemohon yang tidak memenuhi kriteria kerana tidak bekerja, bukan warganegara atau masih menerima gaji semasa dikuarantin. Sebahagian permohonan ditolak kerana melibatkan kematian bukan warganegara dan kematian bukan kerana Covid-19 selain dokumen diberi tidak jelas atau lengkap,” katanya.

Khairul ketika mengulas lanjut, berkata menjadi hasrat pihaknya untuk mempercepatkan bantuan kepada mangsa bencana.

“Seboleh-bolehnya bantuan kepada mangsa-mangsa bencana mahu diberikan secepat mungkin, namun keperluan untuk memastikan bahawa mereka yang layak sahaja menerima bantuan menyebabkan ada kala usaha berkenaan mengambil sedikit masa.

“Kami juga tidak mahu pemohon yang sepatutnya dapat bantuan tetapi dinafikan hak disebabkan mereka yang tidak jujur memberi maklumat diri. Jadi proses pemutihan perlu dilakukan dengan teliti,” katanya.

BACA JUGA :

Ketuai mogok, dua warga asing ditahan di Genting Highlands

”Kerajaan perlu bentang pelan tindakan, tangani krisis kesihatan dalam negara” – Azrul Mohd Khalib

Wakil kerajaan negeri tidak dijemput, Datuk Awang Hashim kesal

COMMENTS

Wordpress (1)
  • Jacob Lewis 2 weeks

    Hi,
    Are you still in business?
    I found a few errors on your site.
    Would you like me to send over a screenshot of those errors?

    Regards
    Jacob
    (714) 500-7363