Dr Mahathir Mohamad menjarakkan dirinya dengan peranan peguam Haniff Khatri Abdulla dalam tindakan undang-undang untuk mengenepikan pengampunan diraja yang diberikan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim pada 2018.
Dalam kenyataan media hari ini, pejabat Dr Mahathir berkata Hanif mewakili bekas perdana menteri itu dalam pelbagai kes sejak 2015, tetapi dia bukanlah peguam peribadinya.
“Kes-kes lain (yang tiada kaitan dengan Mahathir) yang dikendalikan olehnya adalah di atas keputusan dan pilihannya sendiri dan ini termasuklah kes saman difailkan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berhubung pengampunan penuh diberikan terhadap Anwar.
“Kes tersebut dan keputusan Haniff untuk menjadi peguam di dalam kes tersebut tidak ada kena mengena sama sekali dengan Mahathir,” menurut kenyataan tersebut.
Haniff mewakili Khairul Azam yang memfailkan saman pada 26 Februari lalu untuk mengenepikan pengampunan diraja terhadap Anwar berkaitan sabitan terhadap kes liwat.
Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/538975