Dr Malar pelik tak ada yang buat CPR bantu Zhang Zhijie

Dunia badminton dikejutkan dengan insiden yang melibatkan pemain muda China, Zhang Zhijie dimana beliau disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan menentang Jepun pada aksi peringkat kumpulan berpasukan di Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta baru-baru ini.

Zhi Jie yang berusia 17 tahun sedang berdepan dengan pemain Jepun, Kazuma Kawano dimana beliau kemudian rebah dalam keadaan tertiarap semasa kedudukan terikat 11-11.

Badminton Asia dan Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dalam satu kenyataan berkata Zhi Jie disahkan meninggal dunia pada jam 11.20 malam waktu tempatan.

Dr Malar pelik tak ada yang buat CPR bantu Zhang Zhijie

Mengulas mengenai perkara ini, salah seorang figura dalam dunia kesihatan iaitu Dr Malar memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku ke atas Zhijie menerusi laman TikTok miliknya.

“Nampak tak dia menggelepar tu, kemungkinan besar waktu tu jantung dia pun menggelepar juga kita panggil Ventricular Fibrillation (VF) ataupun Pulseless Ventricular Tachycardia (Pulseless VT).

“Rawatan terbaik pada ketika jantung berdegup macam ini adalah ‘shock delivery’ tapi kalau tiada alat untuk memberikan ‘shock’ pada ketika itu, kena mulakan CPR dengan segera. Kalau kita tak rawat dengan cepat ketika jantung tak cukup dalam fasa VF ataupun pulseless VT jantung akan masuk ke fasa berikutnya iaitu fasa yang langsung tiada nadi kita kenali dengan nama PEA ataupun Asystole.

“Sebab itu kalau anda semua ‘zoom’ dan tengok lepas menggelepar itu badan dia macam kaku terus dah masuk dalam fasa Asystole lah tu. Puncanya boleh jadi macam-macam tahu contohnya hypokalemia ataupun hyperkalemia,” katanya.

Zhang Zhijie merupakan juara remaja Asia bawah 17 tahun pada 2023. Beliau pemain ketiga dari China yang muncul juara selepas Zhang Sheng pada 2006 dan Shi Yu Qi (2012).

Kejohanan Badminton Remaja Asia berlangsung di GOR Among Raga, Yogyakarta dari 28 Jun hingga 2 Julai bagi acara berpasukan campuran.

Kejohanan itu akan diteruskan bagi acara individu yang dijadual bermula dari 3 hingga 7 Julai.

Baca : Pengetua songlap duit sekolah, habis RM75K dalam tabung pelajar