Dua murid cedera, jeti runtuh di Semporna

Dua murid cedera, jeti runtuh di Semporna. Dua murid cedera manakala 23 yang lain terselamat selepas mereka terjatuh ke dalam laut apabila sebuah jeti di Kampung Pababag, Semporna, runtuh, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, kesemua murid daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pababag itu diselamatkan tiga guru mereka yang bertindak terjun ke laut.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Sabah, Abidin Marjan mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian jeti roboh itu berlaku secara tiba-tiba.

“Seramai 20 murid sekolah terlibat, lima lagi murid Tabika Kemas dan tiga guru turut terjun untuk menyelamatkan murid.

“Dua murid cedera ringan iaitu luka pada bibir dan tangan akibat terkena kayu dan terkena simen jeti yang roboh,” katanya ketika dihubungi, Isnin.

Abidin berkata, dua murid yang cedera bagaimanapun telah dihantar pulang selepas dinilai tahap kecederaan dialami.

“Setakat ini tiada kecederaan serius dan murid berkenaan telah dihantar pulang untuk ditenangkan oleh ibu bapa mereka,” katanya.

Sementara itu, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sulabayan Abdul Manan Danan berkata, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan bagi membina jeti yang runtuh berkenaan.

“Perkara ini telah saya maklumkan kepada beliau supaya peruntukan segera (disalurkan) untuk melaksanakan jeti tersebut.

Beliau telah bersetuju supaya jeti itu dilaksanakan secepat mungkin. Namun beliau tidak mengumumkan berapa peruntukan tetapi ia perlu disiapkan dengan segera,” katanya.

BACA JUGA:

INDIA: Menteri kesihatan maut, ditembak polis

5 Tips yang Dapat Membantu Ibu Bapa Agar Anak Rajin Belajar

SABAH: Tanah runtuh, jalan Ranau ke Sandakan tak boleh dilalui

COMMENTS

Wordpress (3)
    • Edgebra 4 weeks

      Herpes simplex best price for generic cialis Thus, we hypothesize that the synergistic proapoptotic effects elicited by persin and 4 OHT are mediated, at least in part, by the de novo generation of ceramide by persin and the inhibition of its glycosylation by 4 OHT Fig

    • Edgebra 4 weeks

      With this process, a gradual change of color changes from yellow and darkens to a nonfluorescent brown, grey, or red brown hue over a period of months to years buy viagra and cialis online