Dua petugas kesihatan kantoi melakukan hubungan seks di bahagian belakang sebuah ambulans

Dua petugas kesihatan kantoi melakukan hubungan seks di bahagian belakang sebuah ambulans. Dua petugas kesihatan unit kecemasan di Britain dipecat selepas ditangkap melakukan hubungan seks di bahagian belakang sebuah ambulans, lapor akhbar The Sun semalam.

Salah seorang pelaku tersebut, Emma Croydon dilihat memandu kenderaan miliknya ke tempat meletak kenderaan kelab bola sepak Portsmouth FC sebelum masuk ke bahagian belakang sebuah ambulans bersama pemandunya.

Ketika dua pengawal keselamatan mendekati ambulans tersebut, mereka terkejut apabila mendapati Emma dan lelaki tersebut sedang menanggalkan pakaian.

BACA JUGA : Penduduk Itali terkejut kapal selam timbul di tengah jalan bandar milan

Dua petugas kesihatan kantoi melakukan hubungan seks di bahagian belakang sebuah ambulans

Insiden itu disiasat dan kedua-dua mereka dipecat atas kesalahan salah laku.

Emma bagaimanapun berkata, pengawal keselamatan telah menipu tentang apa yang dilihat mereka.

Ketika kejadian, Emma yang merupakan penjaga ambulans tersebut dikatakan mengambil cuti sakit apabila petugas keselamatan mendakwa melihat kenderaan itu masuk ke dalam stadium bola sepak Fratton Park di mana satu unit pusat pemindahan darah sedang beroperasi.

BACA JUGA : Menteri keracunan gara-gara nak buktikan air sungai bersih

Kedua-dua ambulans dan kenderaan Emma diparkir bersebelahan antara satu sama lain sebelum dia dilihat masuk ke dalam ambulans tersebut.

Panel menggugurkan dakwaan Emma dengan mengatakan bahawa dia tidak percaya pengawal keselamatan itu menipu, malah perbuatan kedua-duanya turut dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

BACA JUGA : Gempar!!! Satu Balai Polis letak jawatan