Anak-anak pastinya merasa tauma apabila melihat ibu bapa bergaduh malah ada yang membesar dengan membenci orang tua mereka.
Samalah seperti wanita ini yang pernah menyaksikan kecurangan ibu hingga dirinya dihalau.
Namun dia tidak menyangka akan turut melakukan hal sama dengan ibunya selepas berkahwin.
“Lama aku fikirkan untuk menulis kerana akan membuka aib ramai pihak dan pasti akan mendapat banyak kencaman.
Sedikit tentang latar belakang aku. Namaku Lili (bukan nama sebenar) berumur awal 30an sudah berkahwin hampir 12 tahun dan mempunyai seorang anak berumur 11 tahun.
Suami aku pula Fizi. Aku mendirikan rumah tangga pada usia yang muda ketika masih belajar lagi atas permintaan arwah emak yang risau melihat anaknya kerap berjumpa teman lelaki.
Berbalik pada tajuk, aku amat benci curang kerana ada pengalaman hitam masa sekolah melihat emak aku sendiri curang dengan lelaki lain di belakang ayah aku di depan mata sendiri.
Ketika itu tahun aku hendak mengambil SPM. Hancur sungguh hatiku masa itu.
Sudahlah aku yang menangkap kecurangan emak tetapi emak menutup salahnya dengan menghalau aku pula dari rumah.
Ayah meminta aku memaafkan emak dan kami kembali duduk serumah. Bertahun aku mencuba memaafkan emak.
Ketika emak sibuk dengan lelaki lain, emak seakan lupa tanggungjawab. Tanggungjawab untuk memberi makan, mengemas rumah semua jatuh di bahu aku sebagai kakak sulung.
Pagi sekolah, petang kerja sebagai pelayan di kedai makan mak cik aku untuk tampung belanja makan di rumah.
Emak insaf hanya selepas kaki emak dipotong akibat jangkitan kuman. Emak penghidap kencing manis kr0nik.
Berbulan emak keluar masuk wad dan akulah penjaga setia emak masa itu. Walaupun marah aku masih ada tetapi aku masih laksanakan tanggungjawab aku sebagai anak.
Kadangkala bila terlalu marah, terkeluar juga dari mulut aku apa yang mak dapat adalah balasan dia curang dengan ayah aku.
Setelah aku berkahwin kehidupan aku stabil, kami berhijrah dari kampung ke bandar kerana mendapat pekerjaan yang lebih baik.
Hidup aku mula berubah sepenuhnya apabila aku kehilangan adik aku pada 2020 di ikuti ibuku beberapa bulan kemudian.
Kehilangan mereka meragut semua kegembiraan aku. Aku jadi tidak kenal akan diri sendiri. Mujur suamiku selalu ada dengan aku di sebabkan PKP ketika itu.
Ketika itu jugalah kawan baik aku sendiri terlibat dalam kecurangan. Dia menduakan suaminya dan akhirnya dapat tahu suaminya juga mempunyai skandal di luar.
Aku sebagai orang yang benci kecurangan sudah tentu tidak menyebelahi mana mana pihak dan aku katakan kedua duanya kena berubah demi anak.
Aku amat pantang tentang curang, cepat sahaja aku menjatuhkan hukum pada mereka yang curang dengan mengatakan macam macam kepada mereka. Akhirnya makan diri sendiri.
Sehinggalah pada awal tahun ini, aku bergaduh besar dengan suami. Ini bukanlah kali pertama kami bergaduh dan jenis suami kalau bergaduh suka memukul aku.
Pernah dipkul hanya sebab aku kejutkan dia tidur ketika senja hingga berdarah dalam mata aku. Aku mengadu nasib dengan kawan baik aku itu.
Dia mencadangkan aku download aplikasi omi bagi menghilangkan stress aku ketika itu. Aku pula terlalu ikut emosi dan mencuba applikasi tersebut.
Disitulah bibit kecurangan yang aku sendiri tidak sangka sanggup aku lakukan perkara sejijik itu.
Bermula dengan hanya swipe sana sini, aku memulakan perkenalan dengan seorang cikgu yang bernama Amir berasal dari Perlis. Sedang PJJ dengan isteri.
Aku tidak berani untuk berjumpa tetapi atas desakan kawan baik aku yang menyuruh aku mencuba sekali untuk berjumpa. Katanya boleh hilang stress. Sekali terjumpa terus terjebak.
Seterusnya, lelaki kedua adalah Nadhir juga suami orang yang isteri sedang sarat hamil ketika itu. Alasannya mencari skandal kerana sering tiada kesefahaman dengan isteri.
Sebagai skandal yang kononnya caring dan memahami kenalah saling support emosi satu sama lain.
Hubungan aku dan Nadhir sudah terlalu jauh. Saat isterinya berpantang di kampung, kami cek in di sana sini.
Lelaki terakhir yang aku kenal juga suami orang. Alasannya masing masing memahami komitmen sudah berkeluarga.
Syahdan namanya. Orangnya sejenis family man. Tiap minggu akan bawa isteri dan anak bercuti.
Berbeza dengan aku yang sering terperap di rumah kerana suami aku amat sibuk bekerja. Cemburu aku melihat kegembiraan isterinya setiap kali isterinya upload story di ig.
Tetapi walapun aku curang, aku tetap tak hilang stress macam kawan aku cakap. Tiap hari hidup aku di bayangi rasa berdosa kepada suami.
Hingga akhirnya aku sendiri mengaku pada suami tentang kecurangan aku dan menyerahkan kepada suami tentang nasib keluarga kecil kami.
Aku tahu bukan mudah buat suami menerima kecurangan isteri.
Mungkin pembaca akan mengatakan suamiku dayus dan bodoh kerana masih menerima dan sanggup bertahan asalkan aku betul betul berubah.
Tapi aku bersyukur disebabkan kejadian ini jugak suamiku makin berubah. Tiada lagi pergaduhan sehingga naik tangan. Dia juga melayan aku dengan lebih baik.
Aku juga berjanji tidak akan mengulangi kecurangan ini. Aku benar benar insaf kerana takut kehilangan suami dan anak aku.
Aku kehilangan kawan aku kerana dia amat marah apabila aku katakan aku tidak ingin lakukan kecurangan ini lagi. Katanya dia tiada geng.
Aku tidak kisah dia tiada tetapi aku sedih melihat dia semakin hanyut.
Dia sudah bercerai dan sedang hamil kali kedua anak teman lelakinya. Aku sudah tiada upaya untuk nasihatkan dia. Aku cuma mampu mengubah diri aku sendiri.
Diakhir coretan ini, aku hanya ingin memohon kemaafan kepada suamiku. Juga kepada isteri isteri skandalku dahulu.
Aku minta maaf kerana menganggu rumahtangga walaupun aku pasti sehingga kini mereka tidak tahu tentang kecurangan suami mereka.
Mungkin ini adalah balasan aku kerana aku terlalu menghakimi emak serta orang lain yang curang. Kepada para isteri atau suami, keraplah periksa telefon pasangan.
Ada setengah pasangan akan uninstall aplikasi bukan bukan apabila sudah sampai dirumah. Jadilah pasangan yang bijak jika mahu selamatkan rumahtangga anda.”
Baca juga: Atuk Nenek kongsi tips hidup bahagia sepanjang 35 tahun perkahwinan