Dulu Kacak Macam Model, Tapi Semuanya Berubah Lepas Ahli Bomba Ini Selamatkan Orang Awam

Di laman TikTok, tular video sebuah dokumentari memaparkan beberapa orang anggota bomba di China mengalami kecacatan sepenuhnya.

Difahamkan, kesan melecur yang dihadapi kerana berkorban demi keluarkan orang awam dalam mesi menyelamat.

Dapat dilihat dalam video tersebut, dahulunya ahli bomba tersebut mempunyai tubuh badan yang tegap serta rupa paras kacak tetapi kini semua sudah berubah.

Bukan hanya tidak boleh berjalan seperti biasa dan perlu berharap dengan kerusi roda, malah kulitnya turut berubah kerana melecur yang agak teruk.

@yatie_110 Terima kasih pahlawan Telah menyelamatkan Ribuan nyawa meskipun bertaruh nyawa sendiri #terimahkasih#pahlawannegara #chinatiktok #fypシ #fypシ゚viral ♬ Tak Segampang Itu – Anggi Marito


Video tersebut telah meraih perhatian ramai dan rata-rata menganggap ahli bomba itu adalah hero sebenar serta berasa sebak dalam pada masa yang sama.

komen

Malah, ada juga netizen yang berharap agar ada orang kaya sudi menaja kos pembedahan plastik buat ahli bomba berkenaan kerana barangkali ia mampu memberi sinaran buat para bomba yang terlibat.

Baca Selanjutnya :