Dulu RM10.9 kini RM24.90 sekilo, harga siakap buat ramai bengang. Harga ikan siakap naik menggila, RM24.90 sekilo!. Orang ramai terkejut apabila melihat harga ikan siakap dijual pada harga RM24.90 sekilogram di sebuah pasar raya.
Menerusi satu perkongsian di akaun Twitter milik pengguna bernama @ApanZhafran, sebelum ini, harga ikan siakap tersebut antara RM10.90 hingga RM14.90 sekilogram sahaja.
Ciapan itu telah menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna-pengguna Twitter yang lain.
Meninjau di raungan komen, rata-rata netizen terkejut dengan kenaikan harga tersebut.
“Ini bukan naik sedikit, tetapi dua kali ganda kenaikan,” ujar pengguna @missaoki
“Ikan juga naik harga sekarang, pelik,” komen @FarhanIshak
“Ini kalau beli dua kilogram, sudah kena hampir RM50,” kata pengguna @theltboss
BACA:
5 lokasi kolam air panas menarik untuk dikunjungi di Perak
Kereta elektrik keluaran Proton dijangka berada di pasaran 2023
Harga barangan makin naik, rakyat mengadu di media sosial Dafi.. Minta pesan ke ayah