Ebit Lew Kembali Bantu Kelantan

Ebit Lew Kembali Bantu Kelantan

Penderitaan sebuah keluarga yang terpaksa menumpang berteduh di kandang lembu baru baru ini mendapat perhatian dan bantuan dari Ustaz Ebit Lew.

Dalam satu video yang pernah ditularkan dalam YouTube oleh seorang pengguna Jeming Hassan, jelas terlihat kesusahan keluarga tersebut yang terpaksa mengubahsuai kandang lembu untuk dijadikan tempat tinggal walaupun berada di dalam kawasan pinggir bandar Kota Bharu.

Dengan bantuan Ustaz Ebit Lew, akhirnya nasib keluarga malang ini terbela apabila berjaya ditempatkan di sebuah rumah dua tingkat yang jauh lebih selesa dari kandang lembu sebelum ini.

Pelbagai peralatan asas seperti peti basuh, periuk memasak nasi, mesin basuh, kipas dan pelbagai lagi turut diberikan bagi memberi keselesaan kepada keluarga tersebut.