Elakkan 10 cara ini ketika mendidik anak.. Agar anak tak keras hati kelak

Elakkan 10 cara ini ketika mendidik anak.. Agar anak tak keras hati kelak..

Mendidik anak bukanlah perkara mudah kerana pelbagai cabaran perlu dilalui oleh ibu bapa lebih-lebih lagi pada zaman serba moden ini. Kalau salah didik, anak jadi keras hati dan tidak mahu dengar cakap sehingga berlaku pergaduhan antara si anak dan ibu bapa.

Jadi, pastikan ibu bapa tidak mendidik anak seperti 10 cara di bawah supaya anak tak keras hati tetapi mendengar kata ibu ayah. Kesian anak-anak kalau salah didik.

Kalau tak nak anak jadi keras hati tolong jangan buat 10 didikan ini:

*1. Guna kekerasan*

Terlalu keras dalam mendidik. Bengis, kasar dan tidak langsung berlembut ketika bercakap pada anak.

*2. Banyak merungut*

Jarang beri solusi atau harapan sebalik asyik merungut setiap kali anak buat kesilapan.

*3. Kasar dalam berkata-kata*

Kau, aku, tak geti bahasa dan macam-macam lagi perkataan kasar yang kita sendiri akan terasa hati apabila ibu ayah kita cakap pada kita.

*4. Kerap menempelak*

Suka mengungkit-ungkit kesilapan anak yang lalu dan mencela apa yang telah dia lakukan.

*5. Mendera*

Penderaan secara fizikal, emosi dan mental. Anak yang kerap rasa tertekan dan rasa tak tenteram juga adalah satu penderaan.

*6. Jarang mendengar*

Anak yang rasa tidak di dengari oleh ibu ayah akan membentuk emosi terpendam & unsettle emotion dalam dirinya. Ketika anak mengadu atau meluah pasang telinga dan dengar betul-betul.

*7. Gaslighting*

Menafikan apa yang anak rasa dan apa yang anak perlukan. Anak menangis kata lembik, anak suka berkepit di kata rimas dan anak tak boleh berpisah di kata penakut.

*8. Stonewalling*

Ketika anak panggil untuk tunjuk hasil lukisannya, kita tak pandang. Leka dengan telefon, televisyen atau berborak dengan kawan.

*9. Terlalu memaksa*

Biasa terjadi bila kita letak high expectation sangat pada anak. Jangan memaksa anak buat sesuatu yang di luar kemampuannya.

*10. Terlalu perfectionist*

Tak boleh cacat sikit hasil kerjanya, mesti di suruh buat balik. Tulis A B C senget tak cantik, kena padam buat semula. Cacat sikit tak apa, nama pun proses belajar.

Dalam mendidik anak-anak bukan perfect yang kita kejar tapi progress. Kalau sehari anak boleh mahir 1 skil, setahun 365 skil anak kita dapat mahirkan. Percayalah, anak lembut hati kita pun senang hati. Semua orang gembira.

BACA JUGA :

Peminat Bento Sandwich boleh cuba.. Resepi mudah ini inspirasi dari Jepun

Kedai Espresso tepi sawah menarik perhatian orang ramai.. Digelar sebagai ‘Tiktik Nol Ngopi’ terletak di Indonesia

Bersantai di Sabak Bernam, 6 kedai yang wajib dikunjungi