Elly Mazlein jawab Kak KM, “Adoi banyak lagi benda lain nak buat content”. Baru-baru ini, usahawan kosmetik sensasi Kak KM atau nama Liana Rosli menyuarakan pendapat mengenai selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin namun enggan mendedahkan wajah anak mereka.
Lalu, warganet memberikan reaksi pelbagai termasuk selebriti Elly Mazlein yang turut berkongsikan pendapatnya.
Elly memaklumkan, ia adalah hak masing-masing untuk membuat pilihan.
“Buat pilihan sendiri. Pilihlah bahagia. Biarlah anak Kak Kepom jauh dari dunia glamour. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka.
“Jgn pelik sangat, benda tak ada apa pun nak dipelik atau hairan. Adoi banyak lagi benda lain nak buat content.
“Jgn sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag Kak KM apa ntah nama dia, terima kasih,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, warganet turut tampil memberikan pandangan masing-masing.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
BACA:
Selepas Awal Ashaari kena, jiran pula bangkit karenah ‘management’ perumahan
Mampukah Malaysia laksana kerja 4 hari seminggu?
Aksi ‘komando’ adik ini turun van sekolah buat ramai pecah perut