Faisal Halim mula berjinak jadi pelakon

Trailer bagi filem yang diadaptasi daripada kisah benar mengenai pasukan kebangsaan berjudul Selamanya Harimau Malaya atau Harimau Malaya: The Untold Journey dipertontonkan kepada umum.

Dalam trailer yang dikeluarkan pada hari ini memapaparkan beberapa babak dalam filem berkenaan seperti kumpulan penyokong menyerbu bas pasukan, pertemuan awal ketua jurulatih bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sesi latihan dan detik-detik kekalahan dan kemenangan pasukan negara.

Apa yang paling menarik perhatian dalam trailer ini ialah kelibat pemain sayap negara, Faisal Halim yang membawakan watak sebagai pekerja pasaraya AEON BiG selain melontarkan dialog dalam adegan berkenaan.

“Penyokong sejati selalunya terima kekalahan pasukan ataupun menang, itu baru namanya penyokong sejati,” jelas Faisal dalam filem tersebut kepada Hazama.

Dalam trailer yang dipertontonkan turut menunjukkan watak yang bakal mewarnai filem Harimau Malaya: The Untold Journey seperti Tony Eusoff selaku Presiden FAM, Erra Fazira sebagai isteri kepada Presiden FAM dan pelakon lain seperti Meerqeen, Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Zain Hamid, Vanidah Imran, Amelia Henderson, Nam Ron, Bell Ngasri, Kavin Jay dan Douglas Lim.

Filem tersebut dilaporkan bakal menemui para peminat pada 15 Ogos ini dengan Afdlin terlebih dahulu menyatakan ia bergenrekan fiksyen dan mengambil inspirasi kejayaan Harimau Malaya melayakkan diri ke pentas Piala Asia 2023.

Baca : Kecoh satu gerabak LRT, lelaki berkeras nak duduk koc wanita sebab anak