Fify Azmin buat laporan polis penipuan bekas PA, ini jawapan balas wanita tersebut. DITUDUH melarikan duit sebanyak RM15,000, wanita dikenali sebagai Nora yang bekerja sebagai pembantu peribadi (PA) pelakon Fify Azmi tampil membuat penjelasan.
Mengakui kesilapan kerana bersikap cuai, Nora berkata, dia tidak menyedari pihak Skop Production sudah lama melunaskan bayaran Fify melalui akaun bank miliknya.
Menurut Nora, bayaran itu dimasukkan ke dalam akaunnya disebabkan aktres itu tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan invois.
“Saya tak pernah lari… saya ada balas mesej dia tapi lambat sebab ada urusan kerja lain. Berkenaan dengan bayaran itu, sebenarnya ada salah faham dan saya pun sudah jelaskan kepada dia.
Fify buat laporan polis selepas ditipu bekas pembantu peribadi.
“Saya mengaku memang kecuaian daripada pihak saya. Saya tak perasan yang pihak produksi sudah memasukkan bayaran Fify ke dalam akaun saya. Ikutkan semua bayaran job, masuk dalam akaun Fify.
“Cuma kali ini saja masuk akaun saya sebab melibatkan invois. Fify tak tahu nak buat invois, jadi saya buatkan guna nama syarikat saya sebab itu produksi masukkan bayaran dalam akaun saya.
“Pihak produksi tak update saya mengenai bayaran yang telah dimasukkan dalam akaun saya. Kesilapan saya pula, tak check akaun,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Menerusi laporan mStar pada Selasa, Fify mendedahkan mengalami kerugian sebanyak RM15,000 selepas didakwa dilarikan pembantu peribadinya.
Fify atau Nur Afiqah Mohammad Azmi, memberitahu wang tersebut adalah bayaran 50 peratus daripada jumlah keseluruhan filem Special Airforce Anarchy yang dimasukkan ke akaun wanita tersebut tanpa pengetahuannya.
Aktres berusia 32 tahun itu telah membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya, Selangor pada Isnin dan memaklumkan kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Dalam pada itu, Nora mengakui kemungkinan dia sudah menggunakan duit bayaran tersebut kerana tidak menyedari ia merupakan ‘payment’ dari produksi untuk Fify.
Nora berkata dia terkejut dengan tindakan Fify memuat naik laporan polis dan fotonya di laman sosial, memandangkan mereka sudah berbincang mengenai pembayaran semula wang tersebut sebanyak RM12,000 atas persetujuan bersama.
“Saya mengaku mungkin saya ada terpakai duit daripada bayaran itu sebab tak perasan. Tapi Saya dah beritahu dan jelaskan kepada Fify yang saya akan bayar secara ansuran duit dia.
“Atas persetujuan, saya hanya kena bayar RM12,000 kepada Fify. Saya ingatkan semuanya sudah dijelaskan sebab kali terakhir kami berhubung tiga hari lalu dan masing-masing terus senyap.
“Tak sangka pula, tiba-tiba semalam dia viralkan tentang saya di laman sosial. Takkan la saya nak larikan diri, saya pun cari rezeki dalam industri yang sama.
“Kalau saya ini selalu buat perangai, sudah tentu artis lain pun tak nak ambil saya bekerja. Tapi saya tak pernah buat masalah sepanjang bekerja dengan artis lain,” ujarnya.
BACA:
‘Saya tidak kisah apa orang hendak kata’, Amy Nur Tinie pasrah dengan tindakan netizen
Lelaki ini ‘bagi’ mas kahwin RM500 juta tunai, ramai yang terkejut