Fokus PH untuk selamatkan negara, jangan taksub kepada tokoh

Kita tak taksub pada mana² tokoh.

Anwar boleh, Tun Mahathir boleh, Shafie boleh, sapa pun boleh asalkan orang itu cukup bilang untuk tumbangkan pencuri dan pengkhianat.

Kalau nak kira layak, ramai yang layak. Dalam Amanah pun ramai yang layak.

Walaupun begitu, kita letak syarat yang ketat. Kalau mahu sokongan kita, Muhyiddin, Azmin, Hamzah, Zuraida, Najib, Zahid dan beberapa orang lagi tu kita tak boleh terima.

Kita tak takut jadi pembangkang. Itu kita dah lalui puluhan tahun. Ada yang dijel, disumbat dalam penjara, dibuang daerah tapi itu semua perkara kecil bagi kita.

Perkara besar yang kita hadapi sekarang ni, kita kena selamatkan negara kita dari perompak, pengkhianat, pelacur politik, penunggang agama dan regim kleptokrasi.

Kalau kita faham yang itu dan jika kita letak kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan diri kita sendiri, maka sesama kita tiada sebab nak berkelahi.

Sumber: