Foto remaja ajak Baby Shima ‘main’ akhirnya didedahkan, rupanya…

Foto remaja ajak Baby Shima ‘main’ akhirnya didedahkan, rupanya. Bukan kali pertama menerima mesej berbaur lucah di Instagram, nampaknya penyanyi Baby Shima terus dihujani dengan gangguan seksual di platform tersebut.

Baru-baru ini, perkongsian Shima menjadi perhatian ramai apabila memuat naik mesej diterima daripada seorang individu yang mahu melakukan perkara tidak senonoh dengan penyanyi tersebut.

Melihatkan mesej yang dihantar oleh lelaki tersebut dipercayai pelajar sekolah agak melampau, Shima akhirnya mendedahkan foto individu berkenaan kepada umum.

Turut menyertakan nama akaun lelaki berkenaan, Shima turut meminta bantuan orang ramai untuk ‘uruskan’ individu itu.

Perkongsian Shima itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang terkejut dengan tindakan berani individu berkenaan.

Foto remaja ajak Baby Shima 'main' akhirnya didedahkan, rupanya...

Tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan tindakan Shima menularkan individu berkenaan dalam masa sama memberi pengajaran.

Dalam pada itu, ada yang mendakwa tindakan lelaki itu yang dipercayai berasal dari Johor memalukan nama negeri itu. Tak pasal-pasal dah famous, harap dapat dijadikan pengajaran buat semua orang.

BACA:

Selepas Awal Ashaari kena, jiran pula bangkit karenah ‘management’ perumahan

Mampukah Malaysia laksana kerja 4 hari seminggu?

Aksi ‘komando’ adik ini turun van sekolah buat ramai pecah perut