FUHH! Rompak Emas RM12 Juta dari Airport Masa Hari Merdeka. Kisah Benar Jenayah Rompakan Tergempar Malaysia

Merompak masa hari merdeka, ini kisah rompakan paling berani dalam negara, rompak jongkong emas RM12 juta dari airport

Kalau korang nak tahu, masa sambutan kemerdekaan pada tahun 1994, negara kita pernah digemparkan dengan berita rompakan terbesar yang pernah berlaku di Malaysia.

Lebih memeranjatkan, rompakan ini telah dibuat di sebuah tempat yang mempunyai kawalan keselamatan terbaik di Malaysia.

Tindakan berani geng perompak ini sangat mengejutkan sehingga pihak berkuasa ingatkan rompakan ini dibuat oleh geng luar negara!

Jom kita tengok macam mana rompakan paling berani pernah berlaku di Malaysia ini dijalankan…

Sengaja pilih Hari Merdeka

Pada jam 5 pagi, ketika Malaysia sedang menantikan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-37 dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sibuk membuat persiapan perayaan ini, mereka telah dikejutkan dengan berita bahawa sebuah rompakan telah berlaku.

Lebih memeranjatkan, perompak ini telah berjaya melarikan jongkong emas berjumlah RM12 juta dari Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang yang mempunyai kawalan keselamatan terbaik di Malaysia.

Seorang Pegawai Penyiasat, Azizan Anan mengatakan perkara ini tak pernah berlaku sepanjang kerjanya sebagai anggota PDRM.

Sepanjang kejaya saya sebagai anggota polis, perkara ini tak pernah berlaku. Kejadian ini berlaku di tempat yang kawalannya ketat. Jadi untuk penetrate ke kawasan ini memerlukan satu perancangan yang baik.”

What Does Merdeka Mean To You Interview Featured Image.jpg

Setibanya di lokasi kejadian, pihak polis telah menemui tiga orang pengawal keselamatan telah diikat dan mereka memberitahu bahawa pelaku merupakan anggota polis. Terkejut dengan pendedahan tersebut, pihak berkuasa telah bertindak untuk melihat rakaman CCTV.

CCTV tunjuk pelaku lengkap berpakaian seragam polis

Ketika melihat semula rakaman CCTV, Pegawai Penyiasat, Amidon Anam terkejut melihat perompak ini memakai pakaian seragam polis, mungkin betul apa yang dikatakan oleh pengawal keselamatan?

Namun begitu, apabila Amidon melihat dengan teliti, gaya percakapan dan gerak tubuh perompak ini memang bukan seperti anggota polis.

Mereka bukan pegawai polis, mereka adalah perompak. Perompak yang bijak merancang.”

Menerusi rakaman CCTV ini, dapat dilihat bahawa geng perompak ini berjaya membawa keluar jongkong-jongkong emas bernilai 12 juta ini hanya dalam masa 20 minit.

Mereka juga telah memilih masa dan hari ketika kawalan di sana tidak ketat kerana kebanyakan pekerja bercuti sempena sambutan hari kemerdekaan.

Malah, kerana perancangan yang terlalu baik dan kejayaan mereka merompak kawasan yang mempunyai kawalan yang sangat ketat ini, Azizan mengatakan mustahil rompakan seberani ini dibuat oleh geng penjenayah dalam negara.

Cctv 768X428 1

Pada ketika itu saya dapati memang tak ada kumpulan atau geng tempatan yang sanggup atau berani membuat perkara atau rompakan seperti ini.”

Pihak berkuasa pada awalnya percaya bahawa rompakan sehebat ini hanya mampu dibuat oleh penjenayah antarabangsa sahaja.

PDRM terima kritikan dari Dr. Mahathir.

Apabila berita mengenai rompakan ini menjadi topik utama media, semua orang mahu tahu siapa yang bertanggungjawab dan bagaimana rompakan sebesar ini boleh berlaku.

Malah, Perdana Menteri pada ketika itu, Dr Mahathir telah mengkritik kawalan keselamatan di lapangan terbang tersebut.

Kalau jongkong emas boleh hilang, tak mustahil kapal terbang pun boleh hilang.”

Jelasnya kritikan ini telah memberikan tamparan yang hebat buat pasukan polis. Ia membuatkan pihak PDRM bertungkus lumus untuk menyelesaikan kes ini.

Bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PDRM, satu pasukan unit pengintip telah ditubuhkan bagi memburu kumpulan ini diketuai oleh dua anggota polis terbaik pada ketika itu iaitu adik beradik Azizan Anan dan Amidon Anan.

Kalau ada Azizan dan Amidon dalam satu pasukan, kalau anda adalah penjenayah, anda tak akan tidur sebab anda tahu anda akan diburu. Mereka tak akan tidur, mereka tak akan makan, mereka akan buru anda dengan semangat sehingga anda tertangkap.”

Polis berjaya kenalpasti perompak?

Selepas tak berjaya menemui apa-apa kaitan di antara rompakan ini dengan penjenayah antarabangsa, pihak polis mula menyiasat geng-geng tempatan.

Azizan dan Amidon menemui satu geng yang telah membuat modus operandi yang sama di mana mereka sering menyamar menjadi anggota polis, anggota kastam atau anggota JPJ dan turut dikenali dengan rompakan-rompakan gudang.

Selepas menemubual berapa saksi, mereka menemui yang perompak-perompak ini mempunyai raut wajah seperti India dan mamak jadi kumpulan ini telah digelar sebagai Geng Mamak.

Siasatan lanjut mendapati ketua geng ini merupakan adik-beradik Abu Bakar iaitu Sharif, Rozlan, Yusuf Abu Bakar yang mempunyai asal usul Sri Lanka-Malaysia.

Mereka bermula dengan jenayah kecil seperti rompakan di rumah dan kedai sebelum beralih ke jenayah besar yang melibatkan jutaan ringgit.

Gang Mamak

Gang Mamak

Mereka akan menggunakan teknik licik seperti penyamaran dan pujukan berbanding senjata api dan keganasan bagi membantu mereka untuk mendapat hukuman yang lebih ringan sekiranya tertangkap.

Selepas berbulan pencarian tak membuahkan hasil, Amidon mendapat maklumat tentang lokasi kumpulan Geng Mamak dan telah mengikut mereka menggunakan kereta tak bertanda.

Namun perompak ini berjaya larikan diri dari Amidon malah pemandunya sempat melambai sebelum memecut laju kereta mewahnya.

Tindakan ini menunjukkan bahawa penyamaran Amidon telah terbongkar dan geng ini tahu perancangan polis.

Pihak polis mengesyaki terdapat orang yang membocorkan maklumat di dalam pasukan mereka dan mula menukar anggota yang terlibat dan perancangan mereka.

Dua kepala Geng Mamak ditahan

Screen Shot 2021 01 19 At 1

Penukaran pihak polis ini membuatkan mereka berjaya menahan dua adik beradik yang merupakan kepala geng ini iaitu Rozlan dan Yusuf.

Sesi soal siasat mendapati bahawa Sharif merupakan ketua kumpulan dan mereka telah menjalani kehidupan yang mewah dan sering memakai pakaian dan kereta-kereta mewah.

Motivasi utama mereka adalah duit dan mereka juga mahu diingati sebagai lagenda. Kerana ini mereka telah membuat rompakan berskala tinggi.

Bagi rompakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, geng ini telah mengambil masa berbulan-bulan membuat perancangan dan latihan sehingga ke sekecil-kecil perancangan tentang apa yang mereka akan lakukan sekiranya tertangkap.

Macam Money Heist!

Akhirnya, pihak polis berjaya menahan kebanyakan dari geng ini termasuk Sharif namun begitu kebanyakan jongkong emas yang dicuri telah pun dicairkan dan dijual, hanya sedikit sahaja yang dapat dirampas semula.

Arcintap 6Idzzd4H59Hgljfy65L Layout

Pada tahun 1995, ketika kesemua suspek yang ditahan telah didakwa di mahkamah, salah seorang dari ahli Geng Mamak telah membuat keputusan untuk berpaling tadah dan sanggup memberi keterangan mengenai geng ini. #

Namun belum sempat testimoni diambil, saksi ini tiba-tiba hilang.

Ekoran ini, mahkamah tak mempunyai pilihan selain melepaskan kesemua suspek yang ditahan dan sehingga hari ini kes rompakan merdeka ini masih lagi belum diselesaikan.

Malah Geng Mamak ini dikatakan masih lagi aktif dan diteruskan oleh legasi mereka dengan cara yang sama iaitu menyamar jadi pegawai polis. Terakhir, pada tahun 2017, dua ahli mereka telah ditembak mati di dalam satu serangan tembakan bersama pihak polis.

Baca Selanjutnya :