Instagram telah perkenalkan ciri perlindungan baru yang penuh dengan fungsi menarik pada Direct Message.
Sebelum ini, masalah utama yang ada pada DM adalah pengguna yang tidak diIkuti atau tidak dikenali boleh menghantar mesej ‘spam’ yang tidak diingini.
Bagi menyelesaikan masalah ini, Instagram telah memberi perlindungan baharu untuk DM yang mengehadkan jumlah dan jenis mesej yang boleh dihantar kepada pengguna yang tidak mengikuti antara satu sama lain.
Aplikasi Instagram telah mengemas kini mesej Direct Message atau DM dengan hanya membolehkan ia dihantar sekali sahaja.
Sekiranya ingin menghantar mesej seterusnya, penerima harus setuju untuk DM pertama yang dihantar. Malah, mesej hanya boleh dihantar adalah terhad kepada teks sahaja.
Bukan itu sahaja, jika pengguna ingin menghantar imej, mesej suara dan lain-lain, penerima perlu bersetuju terlebih dahulu.
Dalam pada itu, ciri-ciri ini boleh menghentikan spam daripada penipu atau bot.
Ciri ni amat berguna tambah lagi bagi pengguna wanita yang selalu dapat kandungan negatif, kata-kata kesat dan sebagainya melalui DM.
Terdahulu, aplikasi Facebook dan Instagram bakal diharamkan di United Kingdom dan Eropah kerana terdapat pertikaian mengenai undang-undang perlindungan data.
Baca Selanjutnya :
- Isteri Syahmi Syazli Terkilan 30 Tahun Memerintah Kelantan, Masalah Air tetap Tak Selesai
- “Shah Rukh Khan Pun Kalah”-Inspektor Shiela Tertawan Tengok Iqbal Pakai Busana Tradisi India
- Bahana Ikut Trend, Lelaki Terseksa Mentol Tersekat Dalam Mulut Hampir 2 Jam