Gadis Cantik Belanja ‘Buah’ Raikan Gol, Terus Satu Stadium Kecoh!

Seorang penyokong bola sepak wanita menggamatkan stadium apabila menayangkan ‘asetnya’ ketika meraikan jaringan semalam.

Carla Garza menjadi viral di media sosial selepas menyelak baju dan menayangkan buah dadanya

sejurus selepas Tigres UANL menjaringkan gol ketika menentang Pachuca di Mexico.

Bekas pemain antarabangsa Perancis, Andre-Pierre Gignac menjaringkan gol pada minit ke-88 untuk mengesahkan kemenangan pasukannya dan Carla meraikannya dengan cara tidak dijangka.

Dia yang berdiri menyaksikan sepakan penalti diambil pantas menyelak bajunya apabila bola menerjah jaring dan melompat kegembiraan sehingga menarik perhatian penyokong lain di sekelilingnya.

Carla Garza who flashed at crowd after goal joins OnlyFans

Malah ada yang mengambil kesempatan dengan bergambar bersama di tempat duduk penonton dalam keadaan baju yang sengaja diselaknya.

Gadis tayang buah dada raikan gol jadi tular, satu stadium kecoh!

Peminat bola sepak di media sosial pantas memberi respon nakal dengan cara gila Carla meraikan gol sehingga meraih 7.5 juta tontonan di Twitter.

Seorang penyokong mencatat: “Tiba-tiba saya peminat Tigres.”

Seorang lagi menambah: “Seperti kata Patrice Evra, saya cintakan sukan ini…Oh my God!!!”

Yang ketiga pula berkata: “Cari wanita ini, saya mahu berikan semua wang simpanan saya kepadanya.”

Dalam responnya kepada video yang viral itu, Carla membuka akaun Twitter dan berkongsi klip videonya yang tertera: “Kerana ada satu kehidupan dan GIGNAC membuatkan kehidupan saya indah, terima kasih atas komen yang baik dan buruk.”

Namun malang bagi Carla apabila cara meraikan jaringan ‘terlampaunya’ tidak berbaloi apabila Tigres tewas aksi peringkat kedua kepada Pachuca dan tersingkir di suku akhir Apertura.