Apabila perempuan didatangi haid, sesetangahnya terpaksa menahan rasa tidak selesa seperti senggugut atau pun sengal-sengal sendi. Tidak cukup dengan itu, ada pula benda pelik yang didakwa tidak boleh dibuat kerana kononnya bakal memudaratkan diri sendiri.
Sebenarnya, topik pantang-larang ketika period ini pernah dihuraikan kesahihannya oleh Dr. Amalina Che Bakri sendiri menerusi Instagramnya sekali gus membuka mata ramai.
Mengarutnya…Pergilah mandi
Salah satu pantang-larang mengarut yang sering diamalkan adalah wanita sedang didatangi haid tidak digalakkan untuk mencuci rambut. Kononnya rambut nanti bakal mengalami keguguran teruk padahal ia tidak benar sama sekali.
Dalam masa sama, seorang gadis bernama Afifah nampaknya terpanggil menceritakan pengalamannya bersahabat dengan rakan yang mengamalkan pantang berkenaan. Perkongsian itu mendapat ribuan retweet dan apa yang diceritakan sungguh mengejutkan sekali.
Setiap kali mengalami haid, rakannya tidak akan mandi dan bertindak menyimpan tuala wanita yang sudah digunakan di bawah
Jangan percaya amalan tak sahih
Menurut Afifah, perbuatan tersebut terjadi dek kerana ibu bapa rakannya yang terlalu berpegang dengan kepercayaan orang dulu-dulu. Namun selaku rakan yang baik, dia tidak membiarkan kejadian tersebut berterusan. Afifah cuba ‘membetulkan’ semula tabiat menjijikkan rakannya itu. Walaupun semacam tidak menerimanya apabila ditegur, rakannya akhirnya berubah dan sudah bijak mengurus kebersihan ketika didatangi haid.
Baca juga: Ramai tegur, belajar syukur gaji naik bukan bising sebab fahaman politik