Gadis jual ayam goreng tepi jalan bersolek macam nak pergi mall sedih dikecam

Seorang gadis meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas membaca salah komen kutukan yang ditinggalkan penonton live TikTok.

Menerusi hantaran TikTok @rinadg4f, dia terkejut selepas melihat satu komen memperlekehkan dirinya yang menjual ayam goreng, walaupun sering kali melihat dirinya cantik melawa di universiti.

“Dekat universiti bukan main pakai style, model sana-sini walhal jual ayam saja,” komen seorang penonton live TikTok gadis tersebut.

Gadis itu mempersoalkan adakah ia jadi satu kesalahan jika dia melawa pergi ke kelas seperti rakan-rakannya yang lain.

“Salah ke saya nak melawa pakai cantik-cantik sebagai pelajar sebab ramai kawan saya yang lain pakai cantik, walaupun saya jual ayam?

@rinadg4fbersyukur walaupun berniaga ayam since sekolah rendah smpai degree ni, ulang alik dari uitm balik rumah untuk tolong family, mybe awak takrasa apa yang saya rasa, awak nampak yang saya post melawa je kan tp awak tkthu apa yg saya lalui , untuk awak yang ckp tu terima kasih la ye cakap mcm tu semoga awak maju jaya dari penjual ayam ni

♬ Džanum – aysheeXD Remix – KlaizeeXD

“Hina ke saya nak buat semua itu untuk diri saya sebagai penjual ayam?

“Saya tak pernah malu dan saya gembira dapat bantu keluarga saya cari rezeki yang halal,” ujar gadis berkenaan.

Jelas gadis itu lagi, sekiranya warganet tidak ada komen yang membina, tidak perlulah tinggalkan komen yang membuatkan orang menjadi patah semangat.

Baca : Ayu Raudhah hitung hari lahir anak ke 7! Power Zaqwan Adha