Gadis Korea ini jadi tak keruan tengok muka Hun Haqeem selepas layan cerita melayu

Gadis Korea ini jadi tak keruan tengok muka Hun Haqeem selepas layan cerita melayu.

Nama Hun Haqeem yang dulu pernah membintangi drama Melayu berjudul ‘Kampung People’ cukup menjadi fenomena luar biasa. Bukan sekadar berjaya membawa watak Jekfer dengan baik, malahan wajah kacak anak jati Sarawak ini menjadi ‘bonus’ mengapa dia mampu mengumpul peminat yang begitu ramai khususnya di kalangan wanita.

Kru kami angau pada Hun Haqeem, walaupun suara dia pun handsome

Menerusi sebuah telefilem bertajuk ‘Pemuja Rahsia’ yang bertayang di TV3 pada malam tadi, siapa menduga rupanya aktor berkenaan sudah memiliki peminat dari Korea pula. Melalui perkongsikan TikTok Blimey Wow, terlihat 2 orang gadis comel seakan-akan terpanah di hadapan televisyen ketika menonton cerita berkenaan secara santai.

Gadis Korea ini jadi tak keruan tengok muka Hun Haqeem selepas layan cerita melayu.

Dia handsome gila. Kenapa dia handsome sangat?

Saat wajah Hun Haqeem muncul di babak-babak tertentu, mereka mula memberikan pujian selain sempat mengambil gambar skrin TV pula. Hingga kini, video berdurasi 20 saat  itu berjaya mendapat hampir 300 ribu jumlah tontonan netizen.

Ini yang nak suggest drama Melayu ni. Memang handsome pun lagi ada lesung pipit dia

Selain terhibur dengan reaksi 2 gadis Korea tersebut, rata-rata netizen bersetuju Hun Haqeem sememangnya memiliki rupa yang tampan. Tidak ketinggalan juga yang mahu mencadangkan mereka senarai drama Melayu lain dilakonkan oleh barisan pelakon kacak Malaysia.

Tonton:

Berita Lain:

Warga emas bantu gadis walaupun hanya ada RM2

12 ribu kongsi resepi tom yam power gadis ini, puncanya kerana…

ANEH !!! Korea Selatan anjur pertandingan untuk tidak buat apa-apa

COMMENTS

Wordpress (0)