Gara-Gara Mengaku Janda Anak 3 Walhal Masih Punya Suami, Penipuan Pengantin Perempuan Akhirnya Terbongkar Dengan Bakal Mertua

Gara-gara mengaku janda anak 3 padahal masih punyai suami, penipuan pengantin perempuan akhirnya terbongkar dengan bakal mertua

Penipuan seorang wanita yang mengaku janda terbongkar di majlis perkahwinan dan menyebabkannya dihalau oleh mentua sendiri

Gara-gara mengaku janda padahal masih mempunyai suami, pengantin baru ini dihalau oleh mertuanya sendiri dari pelaminan sehingga menelefon polis untuk datang ke tempat kejadian.

Suasana majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi tegang dalam kejadian yang berlaku di sebuah gereja di Daerah Deli Serdang, Selasa 15 Oktober 2020.

Hasrat tetamu datang menyaksikan perkahwinan di antara Rina Boru Nasution, 26, dan TOni Sihombing, 32, tidak kesampaian apabila majlis itu terpaksa dibatalkan.

Bukan kerana tidak saling mencintai, tetapi disebabkan ada pihak ketiga yang hadir membantah perkahwinan itu.

Baca : WOW! Macam Mana ‘Duit Haram’ Boleh Dibersihkan? Ramai Yang Guna Kaedah Macam Ini Dan SPRM Bagi Jawapan

Bagaikan adegan dalam sinetron, suami kepada pengantin perempuan ke gereja bagi menghalang majlis itu diteruskan dan menegaskan dia adalah suami yang sah kepada wanita itu.

Keadaan serta-merta menjadi riuh, keluarga pengantin lelaki terkejut. Video dan gambar kejadian itu viral meluas di media sosial.

Dalam gambar tersebut menunjukkan pengantin perempuan diiringi anggota polis, sambil ditunjuk-tunjuk oleh para tetamu yang sedang membawang secara dekat.

Difahamkan, Rina sebelum ini mengaku janda ekoran kematian suaminya. Tetapi pengakuan Rina itu ternyata bohong apabila suaminya datang pada hari kejadian.

Pihak gereja kemudian bertindak membatalkan perkahwinan tersebut. Cincin emas yang telah disarungkan pada jari pengantin perempuan juga diambil secara paksa oleh keluarga pengantin lelaki.

Baca : Pernah Alami Duit Kertas Rosak Tak? Ini Cara ‘Settle’ Kan Dengan Bank Yang Ramai Tak Tahu

“Dia penipu! Dia penipu! Kata janda, tetapi rupanya masih ada suami, tiga anak,” jerit seorang lelaki yang kedengaran dalam video tersebut.

Ketua Polis Daerah Delitua, Efianto berkata, pihak keluarga pengantin lelaki meminta polis membawa wanita itu ke balai polis untuk tindakan lanjut. Pihaknya turut menerima laporan polis dari suami wanita terbabit.

Ketika hendak dibawa ke balai, Rina meronta-ronta dan menangis kerana kesal dengan tindakan suami dan bakal mertuanya itu.

Baca Selanjutnya :

Suami Minta Kahwin Lain Sebab Nak ‘Baby Boy’, Salahkan Isteri Asyik Dapat ‘Baby Girl’ Teruk Dikecam Netizen

GANAS!!! Penampakan Lelaki Bakar 4 Kereta Di Bukit Tinggi Di Cekup Polis

‘I Doakan You Berdua Ada Jodoh’-Puteri Sarah Dicocokkan Refal Hady Saat Lebar Sayap Ke Indonesia