Gara-gara susah bayar hutang, wanita ini nekad cetak muka penghutang di buku yassin

Gara-gara susah bayar hutang, wanita ini nekad cetak muka penghutang di buku yassin

Berdepan dengan rakan mahupun orang terdekat yang enggan membayar hutang ini memang menyakitkan hati. Niat kita cuma mahu membantu tapi kita pula dianiaya mereka! Geram bukan? Lebih menyakitkan hati, panggilan telefon tak diangkat dan disekat di Whatsapp.

Letak muka penghutang di muka hadapan buku Yasin

Tular di Indonesia, di mana seorang wanita yang dikenali sebagai Jeanis Dealova menggunakan cara yang agak ‘extreme’ untuk meminta kembali duit yang dipinjam oleh rakannya. Akibat terlalu penat dengan helah si penghutang, dia telah mencetak buku surah Yasin dengan meletakkan gambar penghutang di muka hadapan buku tersebut. Gambar buku Yasin itu telah dimuat naik di Facebook berserta kapsyen bagi meminta orang ramai yang mengenali penghutang itu untuk mengembalikan wangnya.

Wanita itu juga turut mengirimkan buku Yasin tersebut kepada keluarga si penghutang bagi mendapatkan wangnya kembali. Namun, penghutang tersebut dipercayai meminjam duit kawannya kerana ingin membayar kos rawatan adiknya. Walau bagaimanapun, bila tiba waktu yang telah dijanjikan untuk membayar hutang, dia tidak membayar hutang malah menghilangkan diri. Jeanis juga mendakwa penghutang tersebut telah ‘block’ dirinya di semua media sosial.

Baca Juga : Ramai belum tahu fungsi sebenar ‘button intercom’ ini di Plaza Tol

Cara-cara mengenali suami atau anak terlibat dengan dadah jenis Ganja

Kantoi !!! Bekas SU Politik Zuraida tersasul sebut isu ‘Genome Modification’

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )