Gaya DSV curi tumpuan lagi, kali ni netizen samakan dengan jin bertoncet

Gaya DSV curi tumpuan lagi, kali ni netizen samakan dengan jin bertoncet. Tampil serba unik di Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021, penyanyi dan usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida sekali lagi mencuri tumpuan netizen.

Menerusi pemantauan Gempak di media sosial, ramai yang ‘terkedu’ dengan penampilan Vida yang serba merah.

Paling mencuri tumpuan adalah tali atau ‘toncet’ yang diletakkan di belakang tudung Vida.

Susulan itu, ramai yang berseloroh mengusik serta menyamakan Vida dengan beberapa watak.

Paling melucukan, kebanyakan mereka menyamakan Vida dengan watak Dragon Ball, Majin Buu.

“Datuk inspirasi daripada Dragon Ball ke, Majinbu”.

Gaya DSV curi tumpuan lagi, kali ni netizen samakan dengan jin bertoncet

“Macam jin bertoncet”.

“Amboi nak lawan Aina Abdul ke,” tulis beberapa netizen.

 

Sekadar info, AME bersiaran secara langsung jam 9 malam di Astro Ria dan penonton juga boleh Strim di Astro GO.

Nantikan juga persembahan daripada barisan artis-artis yang Fresh dan Legend.

BACA: 

Sudah berpuluh tahun renovation, mengapa baru tular?

Hilang kawalan ! Orang ramai berebut makanan di Open House Dataran Merdeka

Ibu tunggal raih pendapatan lumayan jual gambar dirinya setelah berhenti kerja bank