Gelagat anak jadi pelik bila bapa belikan coklat berbentuk spanar

Kanak-kanak memang dikenali gemar makanan manis seperti gula-gula dan coklat, tidak kira bentuk atau rasa, yang penting berperisa manis.

Baru-baru ini, sebuah video viral menunjukkan seorang bapa membeli coklat berbentuk spanar.

Yang menarik perhatian ramai ialah reaksi serta ekspresi wajah keempat-empat anaknya.

Gelagat anak jadi pelik bila bapa belikan coklat berbentuk spanar

Video tersebut menerima pelbagai komen yang kebanyakkannya memberikan hiburan terhadap tingkah laku anak-anak dan bapa tersebut.

Seorang anak lelaki nampaknya hanya mengangguk pasrah menerima coklat yang diberikan oleh bapanya.

Walaupun bentuknya unik, namun pada hakikatnya coklat tetap coklat dan tentu saja anak-anak lelaki itu gembira dengan pemberian tersebut.

Namun, penting juga untuk tidak memberikan coklat dalam bentuk perkakas tukang nanti.

Baca Juga : Penyewa tak bayar bil elektrik sampai RM 3000 terpaksa tuan rumah yang kena payung