Gelagat aunty India suap pesakit melayu di hospital jadi bualan

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video yang menarik perhatian warga maya, menunjukkan momen indah di sebuah hospital di Malaysia yang membuatkan ramai tersentuh.

Dalam video tersebut, seorang wanita berbangsa India dilihat menyuapkan makanan kepada seorang pesakit berbangsa Melayu yang sedang dirawat di wad hospital.

Video ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @Jamz, dan dengan pantas menarik perhatian ramai.

Gelagat aunty India suap pesakit melayu di hospital jadi bualan

Rakaman ini memperlihatkan bahawa perbezaan latar belakang, agama, dan budaya tidak menghalang kita untuk saling membantu dan berbuat baik sesama rakyat Malaysia.

“Apabila pesakit di katil sebelah juga penting.

“Melihat dia kesulitan, keluarga kami datang membantu,” tulis pengguna TikTok yang dipercayai keluarga terdekat wanita India tersebut.

Melalui video itu, jelas kelihatan wanita berbangsa India tersebut dengan penuh kasih sayang menyuapkan makanan kepada pesakit Melayu yang mungkin menghadapi kesukaran untuk makan sendiri.

Reaksi pesakit tersebut yang terharu menerima layanan istimewa ini turut terpancar di wajahnya, seolah-olah dilayan seperti seorang anak.

Bantu-membantu tanpa mengira latar belakang bukti rakyat Malaysia kekal bersatu

Tindakan mulia wanita ini mendapat pujian ramai kerana menunjukkan keikhlasan dalam membantu orang lain tanpa mengira perbezaan agama, budaya atau warna kulit.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman serupa yang pernah mereka alami.

“15 tahun lepas, saya dan abang saya terlibat dalam kemalangan. Sebuah keluarga berbangsa Cina yang bantu menghantar kami ke hospital, dan menjaga kami macam anak sendiri,”

“Semasa umur 17 tahun, saya buat pembedahan di hospital. Bila bangun, mak tiada di sisi. Tapi, saya nampak seorang wanita dan lelaki India di sebelah katil. Mereka sangat baik, siap tanya saya nak makan dan minum apa,”

Selain itu, ramai juga yang memuji sifat keibuan wanita India tersebut yang sangat menyentuh hati.

@jamzapparels Saw him struggling to eat and my family got his back✨ #hsa ♬ original sound – Tamil BGM

“MAK tak kiralah bangsa apa, TETAP MAK,”

“Ibu tetaplah ibu,”

Tindakan kecil ini membawa makna yang sangat besar, membuktikan bahawa semangat kebersamaan yang kuat dan tali persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia masih kekal utuh dan teguh.

Ia menunjukkan bahawa di sebalik segala perbezaan yang wujud, sama ada dari segi budaya, agama atau etnik, keprihatinan dan rasa kemanusiaan tetap menjadi asas utama yang menyatukan kita.

Dengan mencontohi tindakan mulia wanita berbangsa India ini, kita dapat menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kasih sayang dan kebersamaan, di mana setiap individu dihargai dan dilayan dengan penuh hormat tanpa mengira latar belakang.

BACA: Sejak baby pandai pakai laptop, pemuda usia 18 tahun kini jutawan