Gelagat ayam pakai kasut tarik perhatian ramai

Jika kucing dikenali sebagai haiwan peliharaan yang mempunyai banyak gelagat, begitu juga dengan binatang ternakan seperti ayam.

Sebuah insiden menarik melibatkan seekor ayam baru-baru ini telah menjadi tular di media sosial kerana dipercayai memakai kasut bersaiz kecil yang biasanya digunakan oleh kanak-kanak.

Video mengenai gelagat ayam yang mengenakan kasut itu telah dikongsi di akaun Instagram pawfect.companions_412, dan sehingga kini, ia telah mendapat lebih dua juta tanda suka dari warganet.

Gelagat ayam pakai kasut tarik perhatian ramai

Ramai yang terhibur apabila menyaksikan gelagat lucu ayam tersebut berlari dengan menggunakan kasut bersaiz kecil untuk kanak-kanak.

Dalam klip video tersebut, ayam itu kelihatan memakai kasut berwarna putih dan mampu berlari dengan pantas walaupun mengenakan kasut.

Yang paling lucu ialah ketika ayam hampir tergelincir apabila berlari di kawasan yang lembap kerana pemakaian kasut itu.

Namun, menjelang akhir video, kasut yang dipakai oleh ayam itu tinggal sebelah sahaja, mencetuskan gelak tawa penonton.

Gelagat comel ayam yang memakai kasut ini telah mencetuskan keinginan beberapa netizen untuk memiliki ayam sebagai haiwan peliharaan mereka sendiri.

Baca Juga : Memang magik, sofa kini jadi mesin duit, apa kes ni