Gelagat ‘pilot’ darat curi rakam pemandu wanita undang kecaman

Gelagat 'pilot' darat curi rakam pemandu wanita undang kecaman

Gelagat ‘pilot’ darat curi rakam pemandu wanita undang kecaman. Tindakan seorang pemandu lori atau ‘pilot darat’ mengambil kesempatan menangkap gambar pemandu wanita di jalan raya sesak dikecam orang ramai di laman sosial.

Menerusi perkongsian di laman Twitter CringeMalaysia memaparkan tangkap layar komen seorang lelaki yang berkongsi sebuah gambar yang kurang enak.

Menurut hantarannya, dia pada mulanya menasihati pengguna jalan raya lain agar tidak mudah ‘koyak’ apabila mengharungi kesesakan.

Bagaimanapun, selingan gambar yang dimuat naik bersama hantaran terbabit mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai.

“Jangan cepat koyak bila hadap jem, hati kena kental dan rezeki mata kena kongsi,” katanya di ruangan komen.

Gelagat 'pilot' darat curi rakam pemandu wanita undang kecaman

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai mengecam tindakan lelaki tersebut kerana menganggu privasi individu lain.

“Tengoklah tu, pakaian bertutup pun masih diganggu, tak faham. Setakat itu sahaja pemikiran pemandu lori ni, jenis sekolah tak habis,” kata adhycharmant.

“Itulah gunanya cermin gelap untuk kereta perempuan. Semakin lama semakin menakutkan,” luah seriselasih.

“Jem otak aku. Tak terfikir pula sampai macam ini sekali, walaupun dalam gambar tu pakaian dia tertutup,” ujar nurulain.

BACA:

Matawang Rusia paling kukuh 7 tahun, apa rahsia Putin?

Stadium Nasional Bukit Jalil bakal diubah nama

Disaman pemilik syarikat balak, Husam tidak berganjak dari pendedahan dibuat

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Gelagat ‘pilot’ darat curi rakam pemandu wanita undang kecaman […]

  • […] Gelagat ‘pilot’ darat curi rakam pemandu wanita undang kecaman […]