GELI HATI : Bila Kaum Hawa Isi Minyak, Macam-Macam Boleh Berlaku Jadi Bahan Ketawa Warganet

Apabila perempuan isi minyak di pam minyak, gelagat wanita ini cuba semua minyak buat ramai terhibur

Hampir setiap manusia di muka bumi mempunyai kebolehan memandu kenderaan. Namun, tidak ramai manusia yang mempunyai ilmu asas dalam menjaga dan menguruskan sesebuah kenderaan.

Hal ini lantas mengakibatkan pelbagai kejadian lucu yang terjadi kepada segelintir pemandu terutama dari golongan wanita dalam hal remeh melibatkan sesebuah kenderaan.

Apabila perempuan isi minyak di pam minyak, gelagat wanita ini cuba semua minyak buat ramai terhibur

Akak Alza keliru pilih nozel di stesen minyak

Menerusi sebuah perkongsian Mstar baru-baru ini, seorang wanita berpakaian serba hitam sedang berdepan kesukaran dalam mengisi minyak kenderaan yang dipandunya.

Wanita yang digelarkan sebagai “Akak Alza” itu dilihat keliru dalam memilih nozel mana yang diperlukan untuk memenuhkan tangki kenderaannya semasa kejadian tersebut dirakam.

Akak Alza pilih untuk cuba semuanya

Beliau pada mulanya memilih untuk mengisi RON95 iaitu pam bernozel kuning ke tangkinya.

Namun, beberapa detik kemudian, wanita berjaket itu mula berubah fikiran dan meletakkannya kembali ke pam sebelum memilih RON97 dengan nozel berwarna hijau.

 Pada masa yang sama nozel hitam untuk minyak diesel dilihat terjulur di lantai stesen minyak tersebut.

Netizen terhibur kaum hawa tak reti isi minyak

Setakat ini video yang dikongsikan oleh Mstar itu telah menerima 234 000 tontonan di aplikasi Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Rata-rata komen di plaform media sosial berkenaan meluahkan rasa terhibur dengan apa yang cuba dilakukan wanita berkenaan.

Baca Selanjutnya :

REDHA ! ‘Gengster KL’ Pun Boleh Kalah Kalau Dengan Anak, Aaron Aziz Pasrah Di Solek Buah Hatinya

Maki Suami Tiap-Tiap Hari, Suami Dia Diam Aja, Bila Tahu Apa Yang Dia Pernah Buat, Patutlah Begitu Jadinya

Guna Wheelchair Tapi Nafsu Kuda – Atuk Umur 77 Tahun Bakal Disebat 10 Kali Gara-Gara Rogol Remaja Dalam Kereta