Gempar !!! Asteroid gergasi bersaiz 3 kali ganda Patung Liberty melintas menghampiri Bumi bulan ini

Gempar !!! Asteroid gergasi bersaiz 3 kali ganda Patung Liberty melintas menghampiri Bumi bulan ini

Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) memaklumkan bahawa sebuah asteroid yang dianggarkan 3 kali ganda lebih besar dari Patung Liberty akan melintasi hampir dengan bumi pada 22 September ini.

Asteroid yang dikenali sebagai 2021 NY1 itu dilaporkan sedang bergerak pada kelajuan 33,659 km/jam.

Sebagai perbandingan, Patung Liberty hanya setinggi 93 meter sahaja. Sementara 2021 NY1 pula mempunyai diameter antara 130 sehingga 300 meter.

Asteroid gergasi bersaiz 3 kali ganda Patung Liberty melintas menghampiri Bumi bulan ini

NASA mengklasifikasikan sesebuah asteroid sebagai merbahaya jika asteroid itu bersaiz 150 meter atau lebih.

Jadi, 2021 NY1 dianggap merbahaya oleh NASA.

Tambahan pula menurut NASA, walaupun 2021 NY1 tidak akan menghentam Bumi, tetapi kedudukan laluan lintasannya dari jarak Bumi iaitu sejauh 930,487 batu atau bersamaan dengan 1,497,473.67 km menyebabkan asteroid itu tetap diklasifikasikan sebagai NEO (Near Earth Object).

NASA menjelaskannya seperti berikut,

“…because the gravitational tug of the planets could, over time, cause an object’s orbital path to evolve into an Earth-crossing orbit. This allows for the possibility of a future collision.” NASA

Sebagai perbandingan, jarak antara bumi dengan bulan adalah sejauh 238,855, batu (383999.1345 km).

Ini bukanlah kali pertama dan asteroid terbesar pernah melintasi hampir dengan Bumi.

No matter how badly you want an asteroid to hit Earth, it's not happening  this weekend

Sebelum ini asteroid 2001 FO32 yang dianggarkan bersaiz 680 meter lebar pernah melintasi Bumi pada 21 Mac 2021 lalu.

Malah kelajuannya juga adalah jauh lebih laju dari asteroid 2021 NY1 di mana ia bergerak pada kelajuan 124,000 km/jam.

Berita Penuh : https://wiser.my/asteroid-3-kali-ganda-lebih-besar-dari-patung-liberty-akan-lintas-menghampiri-bumi-dalam-bulan-ini?

BACA JUGA :

Kantoi !!! 14 ahli keluarga dijaja maut akibat Covid-19 ,lelaki ini raih sumbangan RM 91 ribu
Pfizers bakal keluarkan vaksin berbentuk pil pada akhir tahun ini
Ini sebab mengapa wanita tiada dara pada malam pertama..

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )