Peguam ini dedah taktik Najib Razak tangguh masa ke Penjara Sg Buloh. Semalam saya dah ulas, kes SRC Najib Razak di Mahkamah Persekutuan. Ditetapkan 15/8-24/8 ini. 10 hari untuk beliau berhujah bela diri depan 5 orang hakim.
Nak merayu dia tak bersalah ni, dia guna 94 alasan. Dah file siap2 tahun lepas. Alih2 tahun ni dia kata dia ada bukti baru. Yang tunjuk Hakim Nazlan terima rasuah, mungkin dia tahu dari Raja Petra. Sebab RPK yang dedah dulu.
Minggu lepas, dia tarik balik pulak tuduhan rasuah tu. Dia tukar pulak kepada tuduhan kepada konflik kepentingan. Ini yang dia nak buktikan. Mungkin sebab lagi senang nak lekat. Konflik macam mana? Sebab dia kata dia baru dapat bukti yang Hakim Nazlan ni kerja dengan Maybank, dan Maybank klien kepada 1MDB, ibu syarikat SRC.
Tujuannya, untuk dia dapat retrial/ bicara semula kes dia dari mula. Nak guna hakim lain pula.
Peraturannya, nak masukkan bukti baru ni kena ada persetujuan Mahkamah dulu, dan itu yang dibuat semalam. Nak mintak bicara dalam bicara, lari dari track asal.
Jadi semalam Mahkamah pun dengar la hujah2 Pendakwaraya dan Peguambela. Isu yang nak diputuskan adalah boleh tak Najib dapat mini bicara, supaya dia boleh masukkan bukti2 baru.
Peguambela dia berhujah:
(i) Diaorg tak tahu Hakim Nazlan kerja Maybank sebagai Ketua Legal Maybank pada tahun 2012-2016.
(ii) Hakim Nazlan tak pernah declare dia masuk mesyuarat tentang loan Maybank kepada 1MDB.
(iii) Diaorg dapat tahu pasal perkara ni, sebab dapat dokumen melalui “sampul surat layang” dihantar terus pada mereka baru2 ini.
Makanya Pendakwaraya tibai balik:
(i) Umum tahu yang Hakim Nazlan pernah kerja Maybank seawal kes bicara Najib lagi. Biodatanya dan pengalaman dia dikongsi secara meluas dalam paper. Media arus perdana. Takkan lah lawyer Najib tak tahu pula.
(ii) Loan Maybank tu diberi kepada syarikat 1MDB, takde kena mengena dengan SRC. Dan Hakim Nazlan bukannya jadi Hakim kes 1MDB tapi SRC. Jauh benor pusingnya tu. Lebih kurang camtu la dia cakap.
(iii) Bukti baru yang kononnya dapat dari sampul surat layang itu, sebenarnya pun dah ada didedahkan dalam bicara awal yang Peguam Najib dah lama tahu. Bukannya perkara baru.
(iv) Dia juga kata, 5 orang saksi yang Najib nak panggil takde diambil keterangan bertulis lagi (affidavit). Mereka nak bawak masuk bukti lisan semata2. Ini boleh dikatakan KETERANGAN KHABAR ANGIN/ HEARSAY. Katanya, Mahkamah tak boleh terima, kerana tiada kredibiliti. Susah kalau nak tahu kalau mereka bercanggah cakap nanti.
Patutnya semalam Peguam Najib bagi hujah balas balik, tapi dia minta postpone/ tangguh pada pukul 3.30 petang. Dia perlukan masa nak jawab katanya. Mintak sambung esok pagi. Mahkamah kata ok. Habis cerita semalam.
Apa yang saya boleh ulas ialah, tuduhan rasuah RPK tu pun berbentuk hearsay. Sebabnya team Najib Razak perlu panggil RPK masuk mahkamah dulu untuk bukti itu diterima. Mungkin sebab itu mereka tarik balik tuduhan itu, takde maknanya RPK nak balik sini.
So tak tahu macam mana lawyer Najib nak handle hentaman DPP (Pendakwaraya) pasal bukti2 hearsay yang diaorg nak bawak masuk ni. Nanti saya update balik hari ni.
Kena ingat isunya cuma nak tentukan, boleh ke Najib dapat bicara dalam bicara, untuk masukkan bukti baru. Ini untuk buktikan Hakim Nazlan ada konflik kepentingan. Kalau Mahkamah terima yang Hakim ada konflik, Najib boleh dapat bicara semula, dari awal. Tu motipnya tuan puan.
Dah terkeluar track, daripada bicara nak dengar 94 alasan rayuan itu.
Hari ni in sya Allah, Mahkamah tentukan. Saya update kemudian.
Kredit FB Liyana Marzuki