Hobi merupakan aktiviti yang kerap dilakukan untuk mengisi masa lapang atau mengatasi kebosanan.
Seiring dengan pertambahan usia, aktiviti tersebut dapat melibatkan pelbagai peringkat, sama ada dilakukan secara individu atau bersama ahli keluarga dan pasangan.
Menerusi suatu video viral, seorang lelaki mendedahkan satu hobi baru yang kini dilakukan oleh segelintir golongan masyarakat yang berusia 40 tahun ke atas.
Ia merupakan satu perbuatan yang dianggap tidak bermoral dan semakin mendapat sambutan di kalangan mereka, sehingga membentuk satu komuniti kecil.
Dalam video tersebut, lelaki tersebut mengungkapkan kewujudan suatu kumpulan di Malaysia yang terlibat dalam pertukaran pasangan antara suami dan isteri, dikenali sebagai “swinger.”
Katanya, aktiviti ini mendapat sambutan ramai dan bahkan membentuk komuniti di platform sosial seperti Facebook dan Telegram.
Lebih mengejutkan, lelaki tersebut turut mendakwa bahawa golongan yang terlibat dengan aktiviti ini adalah dari latar belakang pendidikan tinggi dan golongan profesional. Menurutnya, kebanyakan dari mereka adalah golongan yang sudah memiliki anak yang besar, dan mereka melibatkan diri dalam aktiviti ini untuk memberi variasi dalam hubungan intim mereka yang mungkin sudah bosan.
Pendedahan ini mencetuskan reaksi pelbagai pihak, dengan kebanyakan netizen berkongsi pengalaman mereka mengenai golongan yang terlibat dalam aktiviti tersebut.
Beberapa dari mereka menyatakan bahawa fenomena ini bukanlah perkara baru dan bahkan melibatkan golongan penggemar konvoi motosikal berkuasa tinggi.
Warga maya turut berkongsi cerita mengenai kenalan atau teman sekerja yang terlibat dalam aktiviti ini, menunjukkan bahawa fenomena “swinger” telah menjadi suatu realiti di kalangan masyarakat Malaysia.
Baca Juga : Muka cantik ramai orang gila tak sangka rupanya nenek orang