Geram punya pasal, tak jadi tunang habis duit beli 400 barang online

Seorang wanita bertekad untuk membalas dendam terhadap bekas tunangnya yang membatalkan majlis perkahwinan mereka tanpa sebarang perbincangan.

Menurut laporan Detik News, wanita tersebut melancarkan tindakan balas dendam dengan membeli 400 barang secara atas talian, menggunakan nama dan kad pengenalan bekas tunangnya untuk bayaran secara tunai.

Suspek, yang berusia 21 tahun, mengakui rasa dendamnya kerana mangsa tiba-tiba membatalkan janji untuk berkahwin pada bulan Oktober 2023 tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

Geram punya pasal, tak jadi tunang habis duit beli 400 barang online

“Keluarga saya dan dia berdekatan dan kami pernah melawat antara satu sama lain. Dia berjanji untuk berkahwin dengan saya pada Oktober 2023 tetapi tiba-tiba membatalkan tanpa berbincang dengan saya,” ujarnya.

“Saya merasa disakiti kerana dia telah merampas kesucian saya. Walaupun saya ketika itu tidak sihat, saya terpaksa melayan nafsu mangsa. Jika saya menolak, dia marah,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, suspek menyatakan penyesalannya atas tindakannya dan memohon maaf kepada pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kendal, Komisioner Edy Sutrisno, menjelaskan bahawa suspek melakukan perbuatan tersebut dari September 2023 hingga Januari 2024 dengan niat untuk membalas dendam.

“Motif suspek adalah untuk membalas dendam terhadap mangsa,” katanya.

Akibat perbuatannya, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama 12 tahun atau didenda hingga Rp. 12 bilion (RM 3,598,549.80).

Baca Juga : ‘Saya hampir tiba di garisan penamat. Hanya satu perkara yang tinggal’